Powered by Blogger.

Monday, July 24, 2006

best

0 comments
ketenangan itu hadir tika membaca bait2 kalimah yang tertera. kebahagiaan itu datang tika menatap wajah ceria. senyuman itu datang tanpa dipinta bila mendengar cerita darinya. walau rasa tu hanya sementara, tapi tetap rasa bahagia

Thursday, July 20, 2006

tersenyum

0 comments
alhamdulillah..bersyukur dan tersenyum
result m-test akan keluar 10 ogos ni.. apa harapan? dapat @ x dapat? macamana dengan PTD?
hmm...walau apa pun. rasa hepi nak balik umah makin terasa... nak balik!!!!

Monday, July 17, 2006

luka

0 comments
hitcounterLuka itu kucari.. (ye ke?)
Biar ia sembuh sendiri (harap2Y)
Luka itu ditempa oleh diri (hmm)
Adakah akan bertaut kembali? (ntah la)
Bukan untuk masa kini (bila ek?)
Tapi masa depan yang x pasti (hmm..)
Ingin lari tapi kaki rantai terkunci (:/)
Hati sepi, diam seribu mimpi (:( )

hilang

0 comments
hitcounterMana rasa yang dulu
Mana hilangnya lagu
Kenapa hadirnya sepi
Walau diri cuba lari dari menyendiri
Kenapa hadirnya rindu
Walau diri pasti ia tiada lagi di situ

wajah sepi

0 comments
hitcounterWajah itu masih diselubungi awan kelabu
Jelas terdapat titisan yang berguguran
Walau terpancar ia cuba ditahan
Cuba diusir kenangan yang silam
Agar diganti dengan kegembiraan

Monday, July 10, 2006

Sapaan

0 comments
hitcounterSapaan itu dibiarkan sepi
Sesepi rasa di hati kini
Sapaan itu dibiarkan berlalu pergi
Seperti angin yang menyapu diri
X tau nak buat apa lagi…
Jika sapaan itu tidak diterima
Aku kata pada diri…
fahamilah maksud yang tersembunyi
Mungkin tiada luahan kata
Tapi yakin dengan gerakan rasa….

nak

0 comments
Apa yang aku nak
saat ni, aku hanya nak
*balik kg dan menangis kat pangkuan mak
*nak tanya pandangan ayah
*nak berciter puas2 ngan kaklang
*nak tanya pendapat fizah
*nak cuti lama2
*nak p jalan2 n makan2 kat luar
*nak beli kamera digital dan ambil byk gmbr..n delete
*nak tido kat bilik yang aku dah tinggalkan hampir sebulan lebih

Tapi sume tu mustahil kalau aku masih disini….
Nak balik kg!!!nak jupe family!!!

Saturday, July 08, 2006

blank

0 comments
xde apa yang nak dituturkan
xde apa yang nak diucapkan
xde apa yang nak disuarakan

bukan beerti diri membenci
jauh sekali untuk menguji
tapi hati makin disakiti
walau tahu itu hakiki

hmm

0 comments
tangisan itu bergema lagi..
kali ini lebih memilukan

tangisan itu memecahkan kesunyian,
hati terusik mendengar tangisan yg walang..

diri tertanya2..
adakah ia akan bergema lagi?
atau ia akan terus menyepi..

kenapa ia dijadikan gurindam kala kesepian
biarkan ia berkubur besama memori2 silam...

Sakit hati

0 comments
hitcountersakit hati andai tak dapat apa yang diingini
sakit hati andai diri tak mampu nak hadapi
sakit hati andai ia tak seperti yang diimpi
sakit hati andai diri dicurigai
sakit hati andai terus menanti
sakit hati andai terus begini

surah al-baqarah-hati yang sakit,hati yang mati,hati yang hidup…nak hati yang mana satu?

Aku

0 comments
Akukah yang bersalah?
Andai diri tak kotakan janji..

Akukah yang bersalah?
Andai janji tak temetri..

Akukah yang bersalah?
Andai diri mungkir janji..

Akukah yang bersalah?
Andai ia tak seperti yang diimpi...

Aku pasti bersalah..
Andai aku pergi dari sini!!!
hitcounter

Friday, July 07, 2006

kod rahsia

0 comments
hitcounterDah lama tidak membuka rahsia itu. Rahsia yang menjadi idaman semua makhluk. Rahsia yang didambakan. Rahsia yang menjadi pegangan.

Hari ini, rahsia itu diabaikan. Bukan hanya dibuat gurauan malah dijadikan mainan. Sungguh jelek makhluk yang bergelar manusia. Sungguh hina diri yang ditabal menjadi khalifah. Sungguh pilu dan sedih manusia sebegitu….

bicara semalam

0 comments
hitcounterSemalam ia hadir dalam hidup,
Walau hanya sementara,
Aku sedari kelebihannya

Semalam ia hadir dalam mimpi,
Walau hanya seketika tapi aku gembira.

Semalam aku terjaga dari tidur,
Rupa-rupanya ia hanya igauan sahaja.

Hari ini,
Aku masih di sini,
Menanti sesuatu yang aku tak ketahui.

Hari ini,
Aku masih seperti dulu,
Mengharap sesuatu,
Yang bakal menjadi milikku.

Hari esok,
Aku masih mengharap,
Agar ia seperti yang diidamkan..

belum masanya

0 comments
hitcounterBelum masanya,
Untuk aku berbicara,
Biarlah ianya menjadi rahsia.

Belum masanya,
Untuk aku meluahkan kata,
Biarkan ia sepi tanpa kata.

Belum masanya,
Untuk aku berehat,
Bersenang lenang tanpa kerja,
Biarkan ia seperti sedia kala.

Belum masanya,
Untuk aku bergurau senda,
Biar ia tanpa ketawa.

Belum masanya,
Untuk aku senyum ketawa,
Baginya ia membuang masa,
Biarkan ia dengan caranya.

Thursday, July 06, 2006

huhuhu

0 comments
kepiluan makin dirasa,
kesedihan menghimpit jiwa,
sanubari terasa keperitan itu,
sesak..sempit di dalam kepala...

Wednesday, July 05, 2006

3 qul

0 comments
bismillahirrahmaanirrahiim......
pagi tadi aku dengar dari radio ikim.fm, ketika sakaratul maut menjelma dan ketika manusia disekeliling melihat sahabatnya tengah nazak.. maka bacakanlah 3 qul. ini lah yang dilakukan oleh saidatina 'aisyah r.a
sebar2kanlah...

Tuesday, July 04, 2006

x nak tengok!!!!

0 comments
tolong...xnak tengok..xnak ambik tau...
pasti ia memecah kesunyian petang ni.. pasti berlaku lagi

sedih

0 comments
rasa sedih itu datang lagi. kali ni lebih perit dan sedih. sedih dan perit tu silih berganti..
sanggup atau tak..jawapan ada dalam diri.. tabah atau tak..jawapan ada pada Dia yang Maha Mengetahui.
aku xnak lihat..aku xnak pandang..aku xnak tengok..aku xnak tau..
hanya nak duduk disini dan terus mendengar kata2 itu.
aku pasti air mata ini akan mengalir petang ini. tangisan itu akan bergema lagi...

Saturday, July 01, 2006

pagi ahad

2 comments
hitcounterKesejukan pagi makin terasa bila aku kuakkan sedikit tingkap di depan mata. Hmm…masih tetap seperti semalam. Seorang diri dan melihat "teman" di pagi hari..masih seperti hari-hari semalam. Tiada perubahan. Bila agak boring, aku tengok siaran pagi di kaca tv..hanya memandang kosong. Namun aku masih setia melihat "teman". Bila hampir sejam aku memandang "teman" dengan rutin harianku…dia senyap seolah2 terlena kembali. Takpe..biarkan ia. Mungkin semalam dia terlalu penat atau mungkin juga terlalu sibuk dengan tugas seharian.Sekarang aku kembali mengadap kerja yang tertangguh dan terus tertangguh. Hohoho kadang2 penat, kadang2 best, kadang2 menjemukan…walau apapun inilah takdir dan pilihan diri. So, kena terima la..alahai..lama lagi nih…30 tahun lagi!! Larat ke macam ni?
 

:: JaLan KehiDupaN :: Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez