Powered by Blogger.

Monday, September 25, 2006

hMhmmMM

0 comments
hitcounterTika dan saat ni aku memikirkan detik2 kedatangan ramadhan al-mubarak. Bagaimana dengan Ramadhan kali ni? Adakah akan meningkatkan diri dari segi amal dan mampukah aku gradudate dengan cemerlang bila keluar dari bulan ramadhan nanti?
Tika 1st yr dulu aku disibukkan dengan 'along'
Tika 2nd yr dulu aku disibukkan dengan cerita along
Tika 3rd yr dan 4rd yr dulu aku disibukkan dengan perkara2 yang ntah apa2
Tika di tempat keje lama aku disibukkan dengan jadual program. Bz dengan trekking, bz dengan slot pengisian jiwa, masak bersama teman2 dan masa ni la juga banyak ajar aku erti kehidupan yang kadang kala buat kami menangis bersama.

Tika aku mencari sedikit kekuatan…ia hadir untuk melemahkan benteng yang dibina.
Tika aku mendapat sedikit ketabahan..ia hadir untuk menggoncangkan ia.

Saat ni rasa nak menangis sbb rasa xde kekuatan, xde ketabahan, rasa kehilangan… Esok dah nak mula Ramadhan, moga Allah kurniakan kekuatan, ketabahan, kerahmatan, keberkatan untuk aku harungi kehidupan yang singkat ini.

Tika diri mencari2 sesuatu yang tak pasti, akan hadir satu rasa kebergantungan padaNya. Tika diri kehilangan jati diri, akan hadir kekuatan dari al-Quran. Tika diri diulit mimpi ngeri..hanya satu tempat tujuan. Walau sejauhmana dan sesusah mana ujian, Allah pasti di hati… menemani hambaNya. Walau sesukar mana ujian yang melanda…TERSENYUM lah..kerana ia merawat luka di jiwa.

Monday, August 14, 2006

hari ini

0 comments
nak update sesuatu...tapi x tau nak cakap apa.
yup! tau nak update apa... terkejut bila on ym..kuar id, yang cukup buat rasa terkejut!! hohoho..kat mana dia sekarang ek?
alahai...ada kelas lak

Monday, July 24, 2006

best

0 comments
ketenangan itu hadir tika membaca bait2 kalimah yang tertera. kebahagiaan itu datang tika menatap wajah ceria. senyuman itu datang tanpa dipinta bila mendengar cerita darinya. walau rasa tu hanya sementara, tapi tetap rasa bahagia

Thursday, July 20, 2006

tersenyum

0 comments
alhamdulillah..bersyukur dan tersenyum
result m-test akan keluar 10 ogos ni.. apa harapan? dapat @ x dapat? macamana dengan PTD?
hmm...walau apa pun. rasa hepi nak balik umah makin terasa... nak balik!!!!

Monday, July 17, 2006

luka

0 comments
hitcounterLuka itu kucari.. (ye ke?)
Biar ia sembuh sendiri (harap2Y)
Luka itu ditempa oleh diri (hmm)
Adakah akan bertaut kembali? (ntah la)
Bukan untuk masa kini (bila ek?)
Tapi masa depan yang x pasti (hmm..)
Ingin lari tapi kaki rantai terkunci (:/)
Hati sepi, diam seribu mimpi (:( )

hilang

0 comments
hitcounterMana rasa yang dulu
Mana hilangnya lagu
Kenapa hadirnya sepi
Walau diri cuba lari dari menyendiri
Kenapa hadirnya rindu
Walau diri pasti ia tiada lagi di situ

wajah sepi

0 comments
hitcounterWajah itu masih diselubungi awan kelabu
Jelas terdapat titisan yang berguguran
Walau terpancar ia cuba ditahan
Cuba diusir kenangan yang silam
Agar diganti dengan kegembiraan

Monday, July 10, 2006

Sapaan

0 comments
hitcounterSapaan itu dibiarkan sepi
Sesepi rasa di hati kini
Sapaan itu dibiarkan berlalu pergi
Seperti angin yang menyapu diri
X tau nak buat apa lagi…
Jika sapaan itu tidak diterima
Aku kata pada diri…
fahamilah maksud yang tersembunyi
Mungkin tiada luahan kata
Tapi yakin dengan gerakan rasa….

nak

0 comments
Apa yang aku nak
saat ni, aku hanya nak
*balik kg dan menangis kat pangkuan mak
*nak tanya pandangan ayah
*nak berciter puas2 ngan kaklang
*nak tanya pendapat fizah
*nak cuti lama2
*nak p jalan2 n makan2 kat luar
*nak beli kamera digital dan ambil byk gmbr..n delete
*nak tido kat bilik yang aku dah tinggalkan hampir sebulan lebih

Tapi sume tu mustahil kalau aku masih disini….
Nak balik kg!!!nak jupe family!!!

Saturday, July 08, 2006

blank

0 comments
xde apa yang nak dituturkan
xde apa yang nak diucapkan
xde apa yang nak disuarakan

bukan beerti diri membenci
jauh sekali untuk menguji
tapi hati makin disakiti
walau tahu itu hakiki

hmm

0 comments
tangisan itu bergema lagi..
kali ini lebih memilukan

tangisan itu memecahkan kesunyian,
hati terusik mendengar tangisan yg walang..

diri tertanya2..
adakah ia akan bergema lagi?
atau ia akan terus menyepi..

kenapa ia dijadikan gurindam kala kesepian
biarkan ia berkubur besama memori2 silam...

Sakit hati

0 comments
hitcountersakit hati andai tak dapat apa yang diingini
sakit hati andai diri tak mampu nak hadapi
sakit hati andai ia tak seperti yang diimpi
sakit hati andai diri dicurigai
sakit hati andai terus menanti
sakit hati andai terus begini

surah al-baqarah-hati yang sakit,hati yang mati,hati yang hidup…nak hati yang mana satu?

Aku

0 comments
Akukah yang bersalah?
Andai diri tak kotakan janji..

Akukah yang bersalah?
Andai janji tak temetri..

Akukah yang bersalah?
Andai diri mungkir janji..

Akukah yang bersalah?
Andai ia tak seperti yang diimpi...

Aku pasti bersalah..
Andai aku pergi dari sini!!!
hitcounter

Friday, July 07, 2006

kod rahsia

0 comments
hitcounterDah lama tidak membuka rahsia itu. Rahsia yang menjadi idaman semua makhluk. Rahsia yang didambakan. Rahsia yang menjadi pegangan.

Hari ini, rahsia itu diabaikan. Bukan hanya dibuat gurauan malah dijadikan mainan. Sungguh jelek makhluk yang bergelar manusia. Sungguh hina diri yang ditabal menjadi khalifah. Sungguh pilu dan sedih manusia sebegitu….

bicara semalam

0 comments
hitcounterSemalam ia hadir dalam hidup,
Walau hanya sementara,
Aku sedari kelebihannya

Semalam ia hadir dalam mimpi,
Walau hanya seketika tapi aku gembira.

Semalam aku terjaga dari tidur,
Rupa-rupanya ia hanya igauan sahaja.

Hari ini,
Aku masih di sini,
Menanti sesuatu yang aku tak ketahui.

Hari ini,
Aku masih seperti dulu,
Mengharap sesuatu,
Yang bakal menjadi milikku.

Hari esok,
Aku masih mengharap,
Agar ia seperti yang diidamkan..

belum masanya

0 comments
hitcounterBelum masanya,
Untuk aku berbicara,
Biarlah ianya menjadi rahsia.

Belum masanya,
Untuk aku meluahkan kata,
Biarkan ia sepi tanpa kata.

Belum masanya,
Untuk aku berehat,
Bersenang lenang tanpa kerja,
Biarkan ia seperti sedia kala.

Belum masanya,
Untuk aku bergurau senda,
Biar ia tanpa ketawa.

Belum masanya,
Untuk aku senyum ketawa,
Baginya ia membuang masa,
Biarkan ia dengan caranya.

Thursday, July 06, 2006

huhuhu

0 comments
kepiluan makin dirasa,
kesedihan menghimpit jiwa,
sanubari terasa keperitan itu,
sesak..sempit di dalam kepala...

Wednesday, July 05, 2006

3 qul

0 comments
bismillahirrahmaanirrahiim......
pagi tadi aku dengar dari radio ikim.fm, ketika sakaratul maut menjelma dan ketika manusia disekeliling melihat sahabatnya tengah nazak.. maka bacakanlah 3 qul. ini lah yang dilakukan oleh saidatina 'aisyah r.a
sebar2kanlah...

Tuesday, July 04, 2006

x nak tengok!!!!

0 comments
tolong...xnak tengok..xnak ambik tau...
pasti ia memecah kesunyian petang ni.. pasti berlaku lagi

sedih

0 comments
rasa sedih itu datang lagi. kali ni lebih perit dan sedih. sedih dan perit tu silih berganti..
sanggup atau tak..jawapan ada dalam diri.. tabah atau tak..jawapan ada pada Dia yang Maha Mengetahui.
aku xnak lihat..aku xnak pandang..aku xnak tengok..aku xnak tau..
hanya nak duduk disini dan terus mendengar kata2 itu.
aku pasti air mata ini akan mengalir petang ini. tangisan itu akan bergema lagi...

Saturday, July 01, 2006

pagi ahad

2 comments
hitcounterKesejukan pagi makin terasa bila aku kuakkan sedikit tingkap di depan mata. Hmm…masih tetap seperti semalam. Seorang diri dan melihat "teman" di pagi hari..masih seperti hari-hari semalam. Tiada perubahan. Bila agak boring, aku tengok siaran pagi di kaca tv..hanya memandang kosong. Namun aku masih setia melihat "teman". Bila hampir sejam aku memandang "teman" dengan rutin harianku…dia senyap seolah2 terlena kembali. Takpe..biarkan ia. Mungkin semalam dia terlalu penat atau mungkin juga terlalu sibuk dengan tugas seharian.Sekarang aku kembali mengadap kerja yang tertangguh dan terus tertangguh. Hohoho kadang2 penat, kadang2 best, kadang2 menjemukan…walau apapun inilah takdir dan pilihan diri. So, kena terima la..alahai..lama lagi nih…30 tahun lagi!! Larat ke macam ni?

Thursday, June 29, 2006

apa yg dirasa

0 comments
hitcounterPagi2 lagi aku dah sampai tpt keje. Cuba melupakan apa yang berlaku mlm tadi. Tiba2 DIA sergah aku! Cheh! Dengan spontan aku kata g***! DIA tetap ketawa n tersenyum mesra. "sume org g***. Dia ni pun sama g***.. amboi!! Lantak la. Tp sikit sebanyak aku lupakan kesedihan itu.
Kepedihan itu datang lagi. Kali ni lebih perit daripada dulu..tapi itulah yang aku rasakan."itu" yang menggembirakan dan akhirnya,,"itu" juga yang mendatangkan kepedihan! Orang tua-tua kata..jangan terlalu suka, nanti akan duka. Kiranya kena akui le kata2 ni?
Macamana nak hilangkan rasa pedih ni? X bercakap ngan org 10 hari? Ketawa siang n malam? Senyum memanjang….atau menempel kat sesapa 24jam?Pedih tu masih terasa walaupun petang dah menjelma. Habiskan masa dengan bunga2 syurga ni..lap tingkap sekol**, main badminton, makan byk2, tengok DIA! Hmm…tp nak tengok DIA pun dah xde mood..

Wednesday, June 21, 2006

suka ek

0 comments
pagi2 lagi GB dah jupe.. bgtau KBS akan ditunda. ini bermakna aku kena buat surat baru untuk makluman. rasa best sebab dapat bgtau apa yang berlaku sebenarnya...antara keje2 yang dibebankan dibahu masing2. bukan nak berkira, tapi x best gak bila mereka buat dalam keadaan terpaksa. GB nak jupe lagi untuk bincang pasal KBS.
pagi ni aku bercakap dengan DIA. pelik gak sebab DIA banyak lak bercakap ngan aku. myb saat2 akhir DIA kat sini kot. hmm...xpe la. at least, aku dapat kawan ngan DIA n kenal B4 dia pindah ke negeri asal.
mcm2 yang DIA tolong aku pg ni-
*sudi pinjamkan installer program
*pijamkan buku psyc pen****kan
*usb x bleh stop..
*ajar buat surat..hehehehe
ngengada btul la plak!! :P

Saturday, June 17, 2006

mimpi

0 comments
hitcounterMalam tadi aku bermimpi, best friend kat U. Dia tanya pendapat aku tentang budak dalam gambar tu. Aku jawab, mak ngan ayah tak setuju. Adik beradik yang lain pun macam tu jugak. Dia beriya2 suruh aku fikirkan semula..katanya semua orang dah panggil aku acu. hmm.. memang salah aku pun.

Pagi ni lak, kawan aku still tak nak bagitau lagi. Kdg2 rasa tension gak!!! Aku perlu berharap kat orang yang memang terima aku atau mengharap kat orang yang tak kenal aku?? Yang memang terima aku, sampai sekarang tak bagitau kat family. Yang mengharap kat aku…satu family setuju terima aku tapi masalahnya family aku lak tak nak terima dia..hehehe

Kalau dulu aku takut nak terima jawapan..kali ni biar aku yang mencari jawapan tu dan redha dengan apa jua yang bakal aku terima. Memang aku cukup takut terima jawapan tu tapi sampai bila aku nak terus berada dalam keadaan antara ya dan tidak ni?? Kadang2 rasa tension gak.

Dia selalu pesan agar aku buat solat hajat.. Doa moga ditunjukkan siapa yang terbaik tapi aku takut! Betul2 takut!! Kali ni biar aku lakukan tanpa galakan dari sesiapa, tanpa terikat ngan kata-kata, tanpa sesiapa dijiwa…erk..ye ke??

Iskh! Buat perangai la pulak hari cuti nih.

Bunyi motor!! Yup tu bunyi motor DIA. Dari pagi tadi asyik keluar masuk je aku dengar. Ntah p mana pun aku tak tau. Alahai..nape lak pagi2 macam ni aku sibuk tentang DIA. Kepala ni makin pening. Sejak aku mula menulis…aku makin rasa ingin menulis. Bos kata, tulis la perkara ilmiah dan jika orang lain baca dan amalkan… itukan merupakan saham akhirat?? Masalahnya sekarang..aku tengah tulis apa nih??? Dunno!

Rindu kat orang-orang yang ada dijiwa tika ni. Walau jauh dimata tapi dekat dihati.. Adakalanya aku sendiri tak kenal siapa orang tu. K.ruq pernah bagitau.. "bukan tak kenal maka tak cinta, belum kenal dah cinta, bila dah kenal makin bertambah cinta… kakak nilah yang banyak menaikkan semangat aku..perjumpaan kami banyak berlaku di surau atau masjid. Comel sungguh kakak ni!! Sekarang dah ada sorang anak perempuan yang comel…

Manusia selalu mengimpikan apa yang ada di tangan orang lain tanpa mengetahui di tangan mereka lebih berharga dari itu
© azrin

Friday, June 16, 2006

today

0 comments
hitcounterAku rasa puas bila baca ttg dia. Rasa nak dok kat tempat dia, rasa apa yg dia rasa. Cukup indah bg aku... hehehe tiba2 aku terasa yakin kebahagiaan yang aku cari ada kat depan mata, cuma aku yang terlepas pandang pada kebahagiaan tu.

Aku baru je ulang baca entry2 lama dia..walaupun dah baca banyak kali dan aku tau apa seterusnya dr penulisan dia,aku tetap terleka membaca setiap bait kata2 yang dicoretkan. Titisan air mata yang ke berapa kali pun aku tak pasti. Aku mencari kebahagiaan itu melalui kata2 dia..adakah benar?

Bila direnung2 balik..aku semakin merasainya, bukan aku mencipta kebahagiaan itu tp memang ia dah lama menjelma cuma aku x menghargainya as bahagia. Rugikan?? Anyway…alhamdlh n syukur bertemu insan yang sudi berkongsi suka duka kehidupannya agar orang lain dapat ambil ikhtibar..dia penah tulis "ambil bahagia dan tinggalkan kedukaan itu…."

Dulu…masa aku kat U, aku selalu p "jengok dia"…aku semakin pasti yang aku pernah tgk gmbr pkahwinan dia..so sweet!! n tidak berapa lama lepas tuh, gmbr tu dia delete dan yang tinggal hanya kata2 pujangga. Mgkin makin ramai pengunjung dan tetamu yang tidak dikenali spt aku, dia mengambil tindakan segera membuang gmbr wedding dia dr tatapan insan lain. Walau bagaimanapun aku tetap berpuas hati sbb diizinkan Alah melihat wajah insan2 ini satu ketika dulu.

Hati begitu kuat ingin mengenali lebih dekat lagi namun dia x mengizinkan…xpe la. aku tak boleh berkecil hati sbb itu kehidupan dia n dia berhak menentukannya. Cuma aku nak dia tau yang dia banyak mengajar aku erti kehidupan melalui pengalaman hidup dia.. Dia banyak mendidik aku dan yang paling penting dia ajar aku cara melihat…. Thanx a lot.. I have a big dream…to see your family..hmmm..mg harapan dan impian ini dimakbulkan sekali lagi oleh Ilahi.. Walaupun sosio-sejarah aku dan dia berbeza, aku harapkan lakaran hari mendatang mengukirkan sebuah lakaran indah.. J
Dalam things to do aku untuk jangka masa 15thn akan datang..aku baru melepasi 3 impian.

Kita berdoa agar diberi kekuatan dan Allah kurniakan kesulitan agar kita belajar erti ketabahan.. Kita berdoa agar kita dapat apa yang kita impikan, namun Allah kurniakan apa yang kita perlukan...

Aku selalu lihat kebahagiaan orang lain dan nak rasa kebahagiaan itu. Rupa-rupanya Allah bagi kebahagiaan kepada semua orang dengan cara dan bentuk yang berbeza. Hanya manusia yang menghargainya sahaja akan merasai nikmat itu…© Azrin

seorang ibu

0 comments
seorang ibu yang menanti detik bersejarah,
saat2 yang dinanti..

Thursday, June 15, 2006

mengantuk

0 comments
Setiap hari time nih, aku mesti rasa nak tidur sangat2. kadang2 sampai aku dah tak larat nak fikirkan aktiviti yang bleh menghilangkan ngantuk ni.. aku memang bertekad akan tidur sebaik je aku sampai kat umah nanti. Tiba2 hp aku berbunyi! Alahai…kena relief ke ni?? K "a****, bleh gantikan m** u** petang ni? Skrg ni kat hospital lagi…" hmm…insyaAllah. Walaupun penat, tp ia merupakan tanggungjawab aku. Masa ni la aku teringat kata2 teman aku "saya kagum dengan mak saya kerana dia tak pernah mengeluh dengan pekerjaan yang dia lakukan sepanjang hari" hmm…aku ke yang lemah bab ni? L

Tapi petang tu, aku banyak buat aktiviti berkumpulan. Hehehe dah la mereka kecik lagi, mana la mereka tau nak buat. Tapi aku tetap membantu agar pembentangan mereka tak jadi kaku..hehehe layak ke digelar mentor?? J

Masa rehat ni, niat di hati nak lelap sekejap tapi dipanggil untuk makan sikit. Alhmdlh rezki yang Allah bagi memang tidak disangka2 datangnya. Tengah sedap2 makan mee goreng, bahu aku ditampar lembut oleh sorang makcik ni "nanti, bila dah kawin, jangan jaga sangat dia, jangan dibelai2, nanti gemuk.." aku tersenyum je… Makcik tu cakap lagi "dah 'ada' ke belum?" aku senyum lagi.. Tiba2 terlintas kat fikiran aku untuk menjawab "hmm..makcik, kalau tak jaga…nanti dia cari lain kan susah diri sendiri??" Alahai mulut….takde insurans lak petang2 ni K Aku perasan makcik tuh tergamam, mungkin sebab sebelum ni gurauan dia aku balas dengan senyuman je tapi petang tu menjawab plak!! Sori ye makcik J


Ya Allah, bimbinglah kami andai kami buta, perkuatkan kami andai kami tak berdaya, ingatkan kami andai kami terlupa, kejutkan kami andai kami terlena.. kerana kami insan biasa, perlukan hidayahMu yang Esa
©MZAW, Muar,Johor.hitcounter

Wednesday, June 14, 2006

opss

0 comments
hitcounterSesi petang macam biasa. Lepas satu jam kat library, p kantin 'buka meja makan n meja berita'… hahaha. Biasa la rutin mingguan. Aku suka pandang DIA bukan sebab aku jatuh cinta ngan DIA..aku suka pandang DIA sebab DIA mengingatkan aku pada seseorang. Aku suka tgk DIA sbb mula2 aku datang sini…DIA la org paling SOMBONG ngan aku!!! Sampai satu tahap aku geram tengok muka DIA!

Petang tu…aku 'lelan' membaca puisi nukilan seorang teman yang sentiasa bersama aku suka dan duka..terima kasih! Awk ada tempat yang istimewa dalam hati saya bersama2 insan yang saya sayang J Sedang leka aku membaca puisi tu, DIA masuk dan aku pandang dia. Tiba2 dia terus kata "amboi!pandang macam nak telan orang. Menggetarkan jiwa!!!" Aku jadi confused..salah aku ke?? Aku cuma melihat DIA datang..aku bukan menatap wajah DIA!! Ringan je mulut ni nak jawab "perasan!!!" tapi rasa malu sgt sbb ada 2-3orang lain di situ.. MALU SEHH!!! Sampai sekarang aku masih fikirkan lagi…"aku ke yang bersalah???"
Aku akui yang aku suka pandang DIA tapi aku tak sangka lak pandangan aku tu macam nak telan DIA!!! Hehehhe

Anyway.. sejak hari tuh ada la gak butir bicara dari mulut DIA. Aku teringin sgt ke nak cakap dengan DIA?? Hmm…x jugak!!

Pagi tadi..rakan sekerja sibuk bercerita pasal pregnant. Walaupun dok sebelah ngan mak2 buyung ni..aku tetap sibuk melayan entry baru. Lantak la, yang penting aku tak ganggu kehidupan mereka. Tiba2 terdengar suara DIA.."hai..senyap je, buat tak tau nampak??. Pasang telinga, ambil pengalaman ek…??" hai..DIA ni tak sayang mulut agaknya! DIA tetap maintain mcm biasa…ULTRAMAN yang tersesat!!! Bukan aku yang bagi gelaran ni..tp DIA yang bahasakan dirinya "dari planet lain".

Hmmm…DIA bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos ni dan dengar khabarnya DIA nak berpindah ke negeri asalnya..itu aku tak pasti tapi nampak macam ye je… Aku akan terasa kehilangan seorang lagi kawan ke setelah PJK pergi?? L Kuikui


Jangan tangisi apa yang telah pergi dari kita jika kita tak menghargainya ketika bersama. Kita selalu mengimpikan sebuah kehidupan yang sempurna tapi kadangkala kita sendiri yang memusnahkannya… © Azrin

Tuesday, June 13, 2006

dulu

0 comments
hitcounterDulu..
Kita hanya bersapa apabila berjumpa. Berjumpa pun hanya di jalanan ke bilik kuliah. Kadang-kadang satu semester pun belum tentu kita berjumpa. Kalau jupe pun, kadang-kadang buat2 tak nampak. Siapa ek? Saya atau awak?

Dulu..
Mulut ni ringan menyapa..
Saya nak kenalkan awak dengan seseorang
Rupa-rupanya masa tu awak dah suka orang lain lak..kuikui. malu sehh

Dulu…
Saya tak bleh nak akui apa yang saya rasa
Tapi Chik mengajar saya banyak perkara..(mentang2 ambik psikologi :P)
Banyak yang buat saya terfikir..
Impian saya..
Cita-cita saya..
Harapan saya…
Ianya bukan baru bermula
Tapi merupakan impian saya sejak bangku sekolah lagi

Kini…
Saya tetap impikan perkara yang sama..
Saya tetap dengan harapan dan cita-cita saya..
Cuma sekarang saya tak tau..
Apakah saya mampu merealisasikan impian itu..
Berdayakah saya menggapai cita-cita itu..
Tercapaikah harapan saya itu?

Selamanya..
Saya rasa antara saya dan awak..ada kekuatan
Tapi kita abaikan kekuatan itu..
Kita biarkan kelemahan kuasai persekitaran
Kita biarkan kesakitan selubungi kehidupan
Kita abaikan kekuatan itu…

Saya harapkan kekuatan itu..
Saya tak nak ia hilang
Dan saya yakin awak juga begitu..
Saya yakin harapan kita satu
Saya yakin kita punya impian dan cita-cita yang sama

Monday, June 12, 2006

7 tahun yang lalu

0 comments
hitcounterAku masih lagi menyimpan kemas buku itu. Buku yang mencoretkan kisah suka duka antara aku dan dia. Buku yang merakamkan detik2 terakhir zaman persekolahan kami. Kesedihan yang merantai dijiwa kami merebak sampaikan satu batch turut terasa. Luhur ke kasih sayang kami?? J bagi aku..jawapannya YA!! Insan yang kenalkan aku tentang erti persahabatan yang ikhlas. Belajar bersama, ke sekolah bersama2, main bersama2, makan bersama dan yang paling kelakar bagi aku,dia buat jahat..p cakap kat aku lak tuh!!! Hehehe J kadang2 dia marah aku sebab tak tegur dia kalau buat silap. Bukan aku tak tegur..tapi orang mabuk cinta, ditegur banyak kali..dia gak yang betul! Walau apapun aku tetap sayang kat dia.
Saat2 akhir berpisah ngan dia, aku dapat rasakan kekuatan ikatan hati kami..hmm..tapi kita tak tau masa depan kan??

Masa terus berlalu dan aku ditempatkan satu U ngan dia. Alhamdulillah. Gembira kat hati nih tok sah cakap la..hepi giler. aku dapat bersama-sama dengan dia lagi!! Aku sayang dia..dialah yang selalu ingatkan aku bila aku terlupa, dialah yang selalu tegur aku kalau aku tersilap langkah, dialah yang kuatkan semangat aku masa aku "tersungkur" dan dia jugak la tanpa jemu sentiasa berada disamping aku masa aku perlukannya.

Aku masih ingat lagi masa tahun pertama aku kat U, dia ajak aku dengar tazkirah kat dewan serbaguna tapi aku menolak dengan alasan aku banyak keje. Dia tetap gak p sana dengar tazkirah dan bila dia balik dari dewan tuh, dia singgah jap kat bilik aku. Walaupun tinggi, dia tetap gagah mendaki semata2 nak bagi nota kecil kat aku. Aku masih lagi simpan nota tu! Terima kasih angah…orang saaaayang sangat kat angah.

Detik2 aku ngan dia tetap tersemat kemas di memori aku. Kini dia tengah sarat mengandungkan anak yang pertama setelah sah diijabkabulkan pada 3/12/2005. aku bila lagi?? Hehehhe J insyaAllah

Lagu yang dia bagi aku..

Masih segar diingatan
Kemesraan dulu
Setiap masa seiring masa
Menjulang cita-cita

Persahabatan kita
Terjalin sekian lama
Segala duka diharungi bersama
Kemanisan hidup dirasa..

Senda dan gurauan
Lumrah kehidupan
Tanpanya hidup tiada ceria
Tapi ingat kawan gurauan ada batasnya..
Kelak merana diri

Jangan merasa benci
Hati kawan disakiti
Jangan merasa iri
Jasa tak dihargai
Sifat mazmumah hindari segera
Sifat mahmudah amalan kita

Silap dan salah tak dapat dielakkan
Jangan dijadikan alasan permusuhan
Mari bermaafan dan bertolak ansur
Kita direhai Allah

Friday, March 31, 2006

cari

0 comments
berkali-kali aku pujuk diri untuk cuba memahami apa yg tersirat di sebalik peristiwa ni. cuba mencari hikmah yg tersurat. kawan2 yg berada di sekeliling cuba menenangkan tp aku masih macam ni.... hmm
insyaAlla petang ni aku akan mula bertolak ke tmpt yg aku rindui. mmg dah lama teringin nak p sana... w/pun aku dah terfikir agak payah untuk aku pulang semula tp aku gagahkan hati agar Allah mpermudahkan segalanya.
pagi ni aku masih perlu menyiapkan beberapa tugas lagi. hari ni dateline keje2 yg perlu disiapkan bulan ni.
telefon mak seperti biasa...aku faham apa yg dialami merupakan beban yg agak berat w/pun kehadiran anak2 disisi. memang aku bjanji pada diri..mak perlu merasai apa yg dia patut rasa dan aku cuba n bharap mampu memberikannya sedikit harapan..yg selainnya aku serahkan kepada Allah.

Thursday, March 30, 2006

Gila Duit

0 comments
cari duit...fikir duit...sibuk dengan duit..sume perkara memerlukan duit. bak kata org yg gila duit "dengan duit kita bleh beli sume" "xde duit...hidup merana" asyik pk duit je!!!!!

GERAM!GERAM!GERAM!GERAM!

duit x bawa kemana2. bg aku jika kita x pandai control duit...kita mmg akan kejar duit. mcm ni la...apa yg blaku skrg ni!! asyik pk duit je!!!

ingat pesan seorang sahabat "duit ni...nilai dan tempatnya serendah2.. andai kita kejarnya..maka bodohlah kita. andai kita biarkan ia..kita akan tenang. dan andai kita ada duit dan kita gunakannya untuk menuju Allah...beruntunglah dia"

hmm...aku x kebulur nak duit tu sume. aku bersyukur ngan apa yg Allah kurniakan pada aku sekarang. cuma bila dah mcm ni, aku takut terleka dan makin jauh dr Allah...(istidraj)
na'uzubillah!! Moga Allah melindungi aku..seorang insan kerdil yg sentiasa mengharapkan lindungan dariNYA...

jauhkan lah aku dr tamak dunia. jdkan aku insan yang mengejar nikmat akhirat. .. berilah aku kekuatan untuk terus istiqamah di jalan Mu Ya Allah. ameen...

Wednesday, March 29, 2006

kembali

0 comments
dah lama aku x menulis kat sini. skrg ni suasana kat bilik aku sunyi je... cuma dari sini terdengar suara maizatul dan kanak2 riang.
ntah kenapa setiap kali kesedihan kat hati ni bertandang...aku lebih suka menulis di ruang ini. mungkin untuk meluah dan mencoretkan apa yg aku rasa. cuma ku masih ingat lagi kata2 bos dulu... blog tempat untuk berbicara sendiri dan dlm masa yg sama seolah2 kita mempamerkan kelemahan yang kita ada pada umum.. yup!! tu aku x nafikan tp aku suka tulis apa yg aku rasa. kalau dulu aku suka membaca blog ilmiah seorg kenalan..kini blog tu dah lama x aktif. mgkin dsbbkan tgjwb yg byk, dia x sempat nak update blog tu. w/pun aku tetap rindukan tazkirah dr dia.
hati ni baru rasa nak gembira untuk menyertai kwn2 yg selalu ingatkan ttg kesabaran dan kebenaran.. tp masih lagi di uji untuk ke sana... hmm... masalah transport ttp mjadi mslh utama kat aku masa ni.
dari minggu lepas aku x mampu nak senyum kat semua org. w/pun pernah dipesan oleh seorang sahabat "walau apa yg kita rasa...jgn melempiaskannya kepada semua org kerana kita akan bersikap tidak adil pada sesetengah kumpulan..." argh!!!! rindu dalam suasana tu.. really..seriously... :((
pilih 4 jadi baik @ lebih baik @ mempertaruhkan kegembiraan dan kesayangan...

Sunday, February 26, 2006

ingatan

0 comments

hitcounter
hari last di uitm segamat... mula la teringat kat kwn n adik2 nih.

jauh

0 comments
itulah yang dirasai kini...
dimana nak cari penguat diri? dalam vcd? dalam diri? dalam laci?

pg ni aku bangun macam biasa... masih lg mengetip2 gigi kerana gusi ni semakin sakit. kena tukar ubat gigi ke?

malam tadi penat melayan internet. habis sume laman web kegemaran aku buka. bila msg kawan..xde jwpn pun. myb dia bz ngan keje2 seharian yang x abis dibuat.

mcmna nak tulis spt dulu? apa yg aku rasa...

no idea.. :/

Saturday, February 25, 2006

:p

0 comments
bismillah...
aku rasa getir sikit bila dok sorg2 kat sini and demam lak tuh. gusi aku ni sakit sgt2..aku asyik nak mengetip gigi aku ni 24jam myb sbb panas sgt kot. kepala berat,bdn sengal2... sebijik cam org tua...

Tuesday, February 21, 2006

air hilang

0 comments
air tu...diambil atau terambil atau sengaja ambil??? x tau atau buat2 x tau?? iskh!!! nape lak dia ambil ye?? nak kira camne ni? sedekah? atau ambil je la... atau aku bg free je??? hmm... nape la.. takut sgt nih? n kenapa la... *** *** *****???? apa yang aku rasa?? apa yang aku cipta??

Tuesday, January 03, 2006

xtau nak kata apa

0 comments
:) nak bebel apa? nak ungkap apa? nak ungkap dlm jiwa? nak ungkap kata alam? nak ungkap kata hati? nak ungkap kata mati?

bicara sendu..bicara ria..bicara kata...bicara...????
 

:: JaLan KehiDupaN :: Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez