Powered by Blogger.

Wednesday, July 27, 2005

Renungi n hayati

0 comments
Pemudi..
dalam kelembutan kau warisi kecekalan
dalam kemanjaan kau miliki ketegasan
dalam ketidaksempurnaan kau adalah pelengkap
jika tidak..masakan kau digelar
tangan menghayun buaian bisa menggoncang dunia

Pemudi..
dibahumu tersandar harapan tinggi
dari tubuhmu lahir pewaris generasi
untuk kau didik kau belai menjadi insan rabbani
mendukung sunnah nabi
menegak risalah deen ilahi

Pemudi..
kau insan hebatkaulah suri kaulah serikandi
manabur budi tidak mengira masa
menyantuni insan di mana-mana jua
di rumah..kaulah ratu sang suami dan anak-anak menagih khidmat
di tempat kerja... kau dilihat memberi manfaat
dalam masyarakat...kalaulah serikandi pembina/pembela umat

AYUH Pemudi..
serlahkan potensi diri
bakat dan semangat lonjakkan lagi
usah ditunggu usah dinanti
kerana masa setiap detik berlalu pergi
tidak akan berulang lagi

Wahai Pemudi serikandi waja
mari ingat pesanan ketua wanita kita
sebelum nadi hilang rentaknya
ayuh kita realisasikan bersama
pesanan keramat pesanan jihad...
"Ummah ini NEED you Akhawat!"

Bersama Menyerlah Potensi
jumpa antum di Kem Beliawanis 2005

SHM
Belia JIM Pusat

Renungan Bicara: Studi bahasa Arab dan Praktikal

0 comments
Dalam sistem pengajaran bahasa Arab di Malaysia di sekolah-sekolah rendah dan menengah (agama atau biasa), ada cara tersendiri untuk pelajar-pelajarnya. Biasanya di peringkat pengajian pondok, pelajar diminta untuk menghafaz matan ilmu nahu sebagai asas kelayakan untuk meneruskan pengajian. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Sis Hafizah membentangkan kaedah studi bahasa Arab mengikut metod Yahudi (walaupun ia juga digunakan oleh sebahagian guru Islam di Mesir). Ia mempunyai sedikit perbezaan dan amat perlu diperhati oleh guru-guru pengajar subjek yang dianggap sukar ini.Secara amnya, perbezaan tersebut:

1) Drilling - banyak latihan yang diberikan. Tidak perlu menunggu hingga habis sesuatu tajuk, ada latihan yang diberi. Orientasi latihan dan latih tubi ini sesuai dengan roh pertanyaan Rasul kepada Muaz b Jabal ketika ingin dihantar ke Yaman: 'Apakah yang akan digunakan sebagai rujukan ketika memerintah? Kalau tiada pada Quran? Kalau tiada pada Hadis?' Walaupun Rasul boleh sahaja menyatakan satu hala berkaitan dengan cara menjalankan pentadbiran, tetapi latih tubi bertujuan untuk mengakar-umbikan pemahaman yang ada.

2) Practical - menggunakan al-Quran sebagai rujukan di mana pelajar akan diarahkan untuk memerhati dan melihat contoh struktur berkaitan tajuk yang diajarkan. Dengan kaedah ini, pelajar akan nampak 'real life' berbanding kefahaman yang masih terawang-awang. Pelajar juga diajar mengguna kamus - sesuatu yang amat jarang ditunjukkan oleh kebanyakan guru.

3) Wazan - metod pengajaran wazan ditekankan. Satu jadual akan diberi. Dengan memahami konsep makna sesuatu wazan, ia akan memudahkan pelajar untuk mengembangkan sesuatu perkataan. Ini menyebabkan pelajar lebih yakin dan menganggap Bahasa Arab tidak sukar. Mengapa? Dengan satu jizr sahaja, ia akan menerbitkan banyak perkataan yang boleh digunakan ketika membuat latihan (drill) dan membaca.

4) Hans Wehr - bila dinyatakan praktikal, pelajar akan diajar menggunakan Kamus Hans Wehr. Kamus ini mempunyai banyak kelebihan. Salah satunya kerana ia disusun mengikut jizr atau kata akar. Selain itu, ia akan memberi nombor wazan yang memudahkan bagi pembaca memahami maksud perkataan yang dilihat dalam kamus tersebut. Ia juga memberi hurf yang berkaitan dengan perkataan tersebut - sehinggakan pembaca tahu apakah hurf yang sesuai digunakan bagi perkataan tersebut ketika membina ayat.

5) Setiap vocab yang diajar akan diterangkan maksud dan praktikalnya dengan membina ayat ringkas. Ini adalah ciri latih tibu atau drill sebagaimana dinyatakan dalam poin no 1.

6) Al-Quran menjadi rujukan bagi mengenalpasti struktur dan memahami maksud serta konteks sesuatu perkataan.

Selain daripada itu, kelas yang dianjurkan mempunyai ciri-ciri berikut (amat sesuai ciri ini dilaksanakan bagi kelas bahasa):

1) Tiada silibus diberi pada peringkat awal kerana pelajar akan maju dalam bahasa ini bergantung kepada pencapaian semasa yang akan dimaksimumkan.

2) Kelas yang dipilih bergantung kepada jadual yang dipersetujui antara guru dan anak murid

3) Jumlah pelajar dalam kelas yang kecil

4) Silibus akan dinaikkan bergantung kepada kefahaman pelajar dalam latih tubi yang dijalankan.

5) Kaedah hafalan untuk fiil mudhori' dan madhi diletakkan dalam jadual yang mempunyau cara menghafaz senang - mengaplikasikan ilmu berkaitan ciri minda atau otak.

6) Tidak perlu hafaz matan - terus kepada pemahaman aspek nahu dan praktikal.

7) Bersifat open-ended - di mana pelajar diberi peluang seluas-luasnya untuk mendalami sendiri bahasa ini dalam kehidupan seharian dengan guidance serba sedikit dari guru yang mengajar.

Begitulah serba sedikit ciri yang dirasakan amat menarik dan berkesan dalam aspek pengajaran bahasa Arab. Pengalaman saya belajar di salah sebuah pusat bahasa di Mesir juga menunjukkan ciri begini dalam pengajaran guru berbangsa Arab tersebut. Kesannya jauh lebih bermakna berbanding pengalaman saya mendalami bahasa Arab mnggunakan kaedah lain.

KERSANI.com

Sunday, July 24, 2005

Lelaki dan Perempuan

0 comments
LELAKI YANG BERJIWA KENTAL...
adalah lelaki yg mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
adalah lelaki yg sedia menerima segala teguran,
adalah lelaki yg memberi madu setelah menerima racun,
adalah lelaki yang tenang dan lapang dada dan fikiran,
adalah lelaki yg baik sangka,
dan adalah lelaki yg tidak mengenal erti putus asa,

....ketabahan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
....seluruh ketabahan yang ada pada Muhammad yg ummiyi,
adalah ketabahan yg sempurna bagi seorang lelaki....

PEREMPUAN YANG BERJIWA KENTAL...
adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
adalah perempuan yang tidak takut pada dugaan,
adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi keinginan....

ketabahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman....
seluruh ketabahan yang ada pada Khadijah yang ehsan,
adalah ketabahan sempurna bagi seorang perempuan....

Friday, July 22, 2005

Individualistik

0 comments
Individualistik...
Aku kah orangnya?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai kesalahan dia ku tanggung sendirian
Tanpa bantuan?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai seruanNya ku biarkan sepi
Atau itu dinamakan derhaka?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai sukar menggugah iman di pagi yang mencengkam
Atau itu bukti lemahnya iman?

individualistik..
Akukah orangnya?
Andai menyatakan yang tersurat?
Tidakkah ia mengguris perasaan?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai derap langkah ku bersendirian?
Atau itu bukti tiadanya perjuangan?
Hanya memandang mereka dlm kekeliruan
Atau itu bukti kezaliman?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai aku menyepi..
Hanya untuk sekelumit ketenangan hati....

individualistik kah aku?
Andai ingin menyelusuri...
Hanya untuk mencari kekuatan diri!!!

Thursday, July 21, 2005

Mencari Erti Kehidupan...

1 comments
dalam mencari erti kehidupan
kita takkan lari dari dugaan
biasa byk kepahitan dari kemanisan
apakah kita terus terusan
mengenang memori dlm ingatan
menghirup secebis cubaan
lantas lupa akan tuhan
akan nikmatNya yg tak berkesudahan...

apakah kita terus berada di buaian
keperitan hidup dihadapi sendirian
tanpa teman mahupun rakan
lupakah kita pd janji tuhan
membantu hamba dlm kesusahan
hanya perlukan sedikit kekuatan
memaksa penuh ketabahan
sujud malam menadah tangan
tika insan sibuk berdengkuran
diulit mimpi dan angan2
lantas lupa akan pesanan
nabi Muhammad rasul junjungan
pada A'ishah akan teguran
bukankah kau dpt ampunan
aku hamba penuh kesyukuran
salahkah aku berbuat demikian...

bangunlah wahai teman
kembalilah pd tuhan
usahlah lagi duka terus terusan
di sana masih ada jln
utk kita hidup penuh kesyukuran
bila nikmat dalam ingatan
Quran dan Sunnah jd ikutan
walau dunia dlm genggaman
tsunami dtg tak perasan
kerna diri dlm jagaan
di tgn Allah penuh keEsaan
la tahaf wa la tahzan...
nukilan hati...
sorg_musafir
21/07/05
06.59 pm

Sunday, July 17, 2005

Dasawarsa Menjejak Masa

0 comments
Sememangnya
Jika dipintas segalanya
Kita akan merasakan hidup ini stabil
Namun ia tidak bersifat bahagia
Menuju Yang Esa

PadaMu Ya Tuhan
Ada kemanisan dalam beriman
Ada kebaikan dalam kejutan payah
Ada hikmah di balik apa yang menerjah

Memang
Jika dikira setiap detik
Maka hati akan sesak
Dengan segala nafas sesah
Tanpa pedoman sebenar

Namun apabila qadar diimani
Khudhu' dan rendah diri menjadi aspek diri
Barulah diri mahu tenang
Kerana mana mampu diri yang tidak maksum ini
Mengejar kesempurnaan dalam kelemahan
Itulah petanda wujudnya Pencipta
Pentingnya Pencipta sebagai tempat pergantungan

Dalam sesak dasawarsa inilah
Maka langkah terus diinjak atas ruang masa yang tidak bertepian
Namun ia akan berakhir dengan datangnya hak
Pada satu masa nanti

Bukanlah kesempurnaan yang dilihat
Bukanlah tiada silap itu yang dicari
Namun belajarlah dari kesilapan
Bila ada ruang untuk terus melaksanakannya
Yang memerlukan hidayah terus asli dari Ilahi

Tuhan
Jadikan hati ini
Rendah diri dan mengetahui bahawa kesilapan
Adalah ciri diri manusia
Yang perlu ditaubati
Bukan untuk dicemuhi atau melelahkan diri
Menuju kepada diriMu

Perjalanan ini jauh dan susah
Jika tidak, pasti ramai yang mahu menurutnya
Adakah aku sanggup menongkah semua itu
Dalam dasawarsa menjejak masa
Masa yang dijanjikan
As-Saa'h
Yang ditanya tidak lebih mengetahui dari yang bertanya

dari web KERSANI

Friday, July 15, 2005

Dari Aminah Qutb Kepada Suaminya

0 comments
" Sekiranya kita cinta kepada manusia,tak semestinya manusia cinta kepada kita,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.Sekiranya kita cinta kepada manusia,kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah jua......

"Ya ALLAH andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu kepada ku,maka campakkanlah dalam hati ku cinta kepadanya adalah keranaMu dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepada ku adalah keranaMu....Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepada ku,maka berilah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Engkau berikan kepada ku.....

"Ya ALLAH,jika aku jatuh cinta,cintakanlah ku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMU....Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cinta ku padanya agar tidak melebihi cinta ku padaMu..Ya RABBANA,jika aku jatuh hati,jagalah hati ku padanya agar tidak berpaling dariMu...

"Ya RABBUL 'IZZATI,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...Ya ALLAH,jika aku rindu,jagalah rindu ku padanya agar tidak lalai aku merindui SyurgaMu...Ya ALLAH,jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

"Ya ALLAH,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....Ya ALLAH,jika Engkau menghalalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU....

-Marilah kita muhasabah diri bersama!-
fi amanillah

Thursday, July 14, 2005

Kita Harus Belajar

0 comments
Kita harus belajar
Daripada kekecewaan
Kita bangkit daripada kegagalan

Kita harus memahami kejatuhan kita
Bukan bererti matinya semangat
Berkubur keyakinan begitu sahaja

Tapi…
Daripada rebahnya sekeping hati
Akan bangkit seorang insan
Mengangkat martabat maruahnya
Menjulang kembali kekuatannya

Mengejar kembali jeritan dan laungan
Kejayaan serta kemegahan diri..
Sebagai tanda bahawa..
Setiap yang jatuh dan rebah itu
Bukan tersungkur mati…

Malah
Kehidupan berselimut kelesuan
Akan menjadi jaring perkasa
dan menyerkup kembali dunia baru

Dan…
Pada masa itu
Kita adalah merupakan seorang insan
Paling bertuah di dunia baru
Paling bertuah di bumi tempat kaki berpijak dan berjunjung

Kita harus dan mengambil iktibar
Bahawa kekecewaan serta kegagalan
Bila dipintal mulia
Akan menjadi ratu
Simbol kejayaan diri
SENDIRI…….

-asiahelas-

Wednesday, July 13, 2005

Hanya nama itu

0 comments
Hanya nama itu yang ku pinta
Hanya nama itu yang ku terima
Hanya nama itu yang ku cari
Hanya nama itu yang ku nanti

Seindah mana nama itu?
Adakah seindah yang digambarkan?
Bagaimanakah definisi indah itu?

Adakah indahnya hanya dengan kata2..
Atau indahnya ia dengan makna?

Jalan ini

0 comments
Inilah jalan yg di beri Ilahi
Inilah ruang yg perlu di tempuhi
Inilah masa yg perlu di penuhi

Inilah jalan itu...
Jalan yg penuh berliku
Jalan yg tidak pernah ku tahu

Namun inilah jalan itu..
Jalan yg mesti di redahi
Walaupun tahu ku tak mampu!!

Namun Allah ar-Rahman
Tetap dengan sifat-sifatNya
Yg sentiasa menerima kehadiran
Hamba2Nya....
 

:: JaLan KehiDupaN :: Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez