Powered by Blogger.

Thursday, December 08, 2005

Suasana Itu Kembali

0 comments
Suasana itu kembali
n ia lebih tenang dari dulu
Harap inilah jalan itu
Jalan yang selama ini dicari

Monday, December 05, 2005

Perubahan

0 comments
Perubahan itu aku nantikan..
Perubahan itu aku dambakan...
Tapi bila ditanya apa peranan..
Apa tanggungjawab....
Aku pasti terkedu..
Diam membisu!!!
Tiada patah perkataan
Yang mampu terukir dibibir ini!

Perubahan itu..
Memang aku impikan..
Memang aku harapkan
Tapi tiada kudrat untuk mengubah...

Peranan yang sepatutnya aku mainkan
Tanggungjawab yang sepatutnya aku pikul
Tugas yang menghimpit...
Kesibukan yang menjelma...
Lalu aku biarkan ia bergerak sendiri..

Hari ini..
Kesedihan yang aku rasa selama ini
Semakin menghimpit diri
Teraksa aku menelan kepahitan itu

Walaupun kesedihan itu..
Tak mampu aku pamerkan
Tak mampu aku ungkapkan dengan perkataan
Alhamdulillah..kini Allah kurniakan jalan
Agar aku tahu apa itu peranan!!

Selepas ini..
Aku tekad untuk melaksanakannya..
Aku harap hanya yang terbaik untuk
Terbaik untuk aku memulakan langkah
Masa yang terbaik untuk aku memulakan perubahan..

Sungguh janji Allah itu benar....
asaasul inqilaab begitu memainkan peranan
Hanya Allah yang akan menunjukkan jalan
Jalan yang selama ini aku "buntu dan sesat"

Friday, December 02, 2005

Warna warni kehidupan hari ini

0 comments
bismillah...
kehidupan bermula seperti biasa...
tiba2 tangisan memecah kesunyian pagi yang hening

seperti sedia kala semula...
tangisan bertukar menjadi ketawa riang
dengan harapan yang menggunung biarkan tangisan itu berlalu

malam muncul lagi...
tiba2 tangisan menjelma kembali..

argh!!!!
aku kah yang memusnahkan segala kegembiraan itu??? :((

dibiarkan berlalu lagi..
membantu aku seperti hari semalam..
tanpa ceria diwajah comelnya...
esok adakah kesedihan itu berulang lagi??

Thursday, December 01, 2005

Just 4 my frenz

0 comments
hitcounterYa Allah,
sekiranya Engkau telah menentukan jodohku,
maka aku harap Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh.
Mampu membimbing aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.

Ya Allah,
bantulah aku dalam menentukan perkara ini.
Janganlah Engkau biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya sekelip mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan bahagia yang berkekalan.

Ya Allah.
Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini.”

Ya Allah!
Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku.
Aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya.”

Ya Allah!
Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin….”

**“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Thursday, November 24, 2005

Adik2 MH Junior

0 comments
arghhh!!!!! tertekan ngan situasi..

:P mcm2 perangai tapi mghiburkan keadaan diri ni.. agak melucukan..tapi ok la kdg2 tuh!!

Tuesday, November 22, 2005

Tangan dan badan

0 comments
tangan semakin lemah untuk menulis
otak semakin sukar untuk berfikir
walau hati semakin kuat untuk mencoret sesuatu
perlu ditahan seperti tahanan
perlu diikat seperti pesalah
perlu direman seketika..

hati jika semakin tidak dikoreksi akan semakin lemah
rugi andai hati yang dulunya dijaga sebaik mgkin..
sengaja dibiarkan tanpa jagaan
dibiar sehingga berkulat
dibiar sehingga hitam

hmm....
baru2 ni aku selalu ter'click' dengan perkataan aku sendiri
:P bukan apa...
selalu je ingatkan diri "aku kena jadi spt apa yg aku nak masyrkt buat"
at least termotivasi gak diri yang makin lesu-layu-lembik-lemah-longlai

mmg la apa yg dicitakan satu perkara yang besar tapi mustahil ia berlaku andai diri x mulakan dulu..
mustahil org nak dgr kata2 kita andai kita x spt yang dgambarkan
adalah mustahil kita mengimpikan sesuatu yang baik andai kita x baik
adalah suatu yang mustahil kita dapat kejayaan andai perbuatan kita menuju kegagalan
adalah satu kepastian untuk kita tidak dapat apa yang kita idamkan andai diri masih kelesuan

hati yang mati perlu dihidupkan
hati yang lesu perlu dikuatkan
hati yang parah perlu disembuhkan
hati yang sakit perlu diberi ubat
hati yang semakin jauh dari Allah perlu diberi perhatian secepat mungkin
hati adalah sumber segala kebaikan dan keburukan

alhamdulillah
alhmdlh.. "aku slalu ingat yang hang slalu buatkan aku air! n paling penting hang selalu ingatkan aku buat amal cepat2"
sayang kat hang!! if "sahabat" hang dah balik m'sia..jgn lupa no "kad" untuk aku kat sini :P

Jalan

0 comments
Alhmdlillah kehidupan macam biasa cuma mgkin agak blainan sikit. w/pun setinggi kesyukuran dilafazkan... bukan nak kata aku suka ngan apa yg blaku skrg ni.. situasi demi situasi yang kdg2 buat aku bingung n x tau nak fikir. hakikat yg blaku dlm dirinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. teman serumah ada gak yang tau tp not a complete story.. thanx, hang byk ingatkan supaya koreksi diri 4 masa depan... tipu if aku kata aku hepi giler (org giler pun x hepi camni)
nak kata aku x suka...macam ni lah keadaan aku.. :/ mgkin ini jalan yang Allah bg aku stlh aku bdoa sbulan penuh dalam ramadhan.. Allahu akbar!! iA if ketetapan Allah adalah "itu" pasti aku akan miliki "itu".. if Allah say NO.. yakinkan diri yang aku akan dapat yang terbaik 4 diri...ameen..iA

argh!!!! x puas nak mnulis
xpuas nak mencoret
x puas nak mengomel
tapi idea makin bkarat
tangan makin x mampu untuk digerakkan.. huhuhu

doa dr seorg kwn aku..tp aku x bape ingat sgt..mana yg aku tulis ni..tu je la yg aku slalu ulang2kan dlm doa aku.. hmmm..
ya Allah andai hati ini gelap..terangkanlah
andai hati ini berdosa..ampunkanlah..
andai hati ini berbolah balik..tetapkan lah
hehehe tapi yang bwh ni aku tambah
andai hati ini dipenuhi perkara lagha..gantikanlah dgn rasa cinta kpdMu ya Allah...

inilah doa aku spanjng Ramadhan...(stlh kwn aku bg doa ni ler..)

Friday, October 21, 2005

hilang

1 comments
2-3 kali taip tapi hilang..so kesimpulannya xpayah taip apa yang aku nak bgtau.

Sibukkan diri atau menyibukkan diri atau buat2 sibuk atau sengaja sibuk atau macam sibuk... sibuk? #1???

ada mata pandang
ada telinga dengar
ada mulut diam....

apply kan x??

Thursday, October 20, 2005

Perjalanan hidup

1 comments
Alhmdlillah, smlm satu lagi kejutan yang penting dalam hidup aku. sepatutnya everyday penting kan? Kejutan yang pada mulanya buat aku x percaya...ermm dah nama pun kejutan!! anyway alhmdlh 'ala kulli haal.

Wednesday, October 19, 2005

Kasih pada k.meen

0 comments
alhmdlh n syukur... hari ni trima emel dr k.meen. k.meen walau mcmn dugaan yang Allah beri pada akak..saya disini tetap mendoakan agar akak sentiasa tenang.

ingat lah janji Allah dalam surah al-insyirah. setiap kesusahan itu akan disusuli dengan kemudahan n kesenangan. kesenangan n kemudahan tu plak Allah x mention coz..terlalu banyak 4 hamba2Nya...

aku sendiri gusar ngan galur kehidupan yang aku lalui skrg ni. tapi walau macamana sukar n peritnya aku kena pastikan yang aku perlu sentiasa memberi dorongan kepada orang lain walaupun aku yang rebah!!

Monday, October 17, 2005

myb e last day....

0 comments
mayb its the last day... whose knows?

Apa dah jadi?

0 comments
Aku x pasti detik dan saat itu tapi apa yang aku pasti, aku terkejut trima sms tuh. Nape jadi macam tuh? aku tergamam..kecewa..x percaya-macam ni ke sebenarnya yang berlaku?

keesokan harinya, aku terfikir...mampu ke kalau macam ni sepanjang hayat? aku terbaca sebuah buku "andai anda fikir anda x mampu, dan tau keadaan sblm anda membuat keputusan...anda merupakan seorg yang bodoh andai anda tetap dengan keputusan itu" very complicated right?

kwn aku kata "ajar guna psyc..sesama bantu.." ermm... biar la. Andai itu jlnnya.. aku akan cuba tapi penentunya aku x pasti n x tau.

tapi...bila aku citer kat kakak...kakak kata "bg la masa kat dia. Dia dah sebati ngan perangai n sikap tu.." Ntah la..kdg2 aku rasa baik, kdg2...kdg2...kdg2...kdg2... :P BOSAN!!! Bosan ngan diri. byk perkara lain bleh buat! lepas ni andai dtg lagi...aku malas nak fikir byk. biar la apa org kata. andai sekadar _ _ _ _ biarlah!

kata hati yang sentiasa berbolak balik ni..buat aku makin tertekan dengan dunia luar! keyakinan yang dtg hanya menyinggah dlm hati dan kemudian berlalu membuatkan aku terpinga2. tapi ni sume salah diri sendiri :( ..baru dapt tazkeer dari min "serahkan segala2nya pada Allah ..hati kan tenang bila terima keputusan Ilahi"

mcmn plak ngan keputusan yang melibatkan kelompok yang lebih besar? jwpnnya "tetap sama!"

*dulu aku ingatkan pada diri..jgn bermain dgn api. kecil di bawa bermain, besar..memakan diri. Skrg ni kecik ke besar??? :?

Wednesday, October 12, 2005

Marilah Membuka Kod Rahsia

0 comments
Tahukah anda dalam menjalani kehidupan seharian, kita sentiasa dikelilingi kod-kod rahsia? Kod-kod rahsia ini telah disatukan dalam sebuah kitab yang dibaca oleh majoriti manusia di bumi ini. Namun masih ramai yang tidak mampu mengungkapkan atau memecahkan kod-kod rahsia ini! Adakah anda ingin mencuba?? Anda pasti?

Kitab itu adalah al-Quran ul-Kareem. Al-Quran dari segi makna istilah, KalamuLlah dan diturunkan kepada Muhammmad saw melalui malaikat Jibrail yang diturunkan secara tawatir.
Allah swt telah menerangkan jalan-jalan menuju kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Di dalam kitabullah ini merangkumi pelbagai ilmu yang tidak mungkin dapat diungkapkan oleh manusia hanya dengan membacanya dalam keadaan satu layer sahaja. Oleh itu, banyakkan berfikir dan meneroboslah ke dimensi seterusnya.

Adakah anda bersedia untuk memecahkan kod-kod rahsia ini??

Saturday, October 08, 2005

countdown....Apa ni??

1 comments
Adakah anda mempunyai anak atau adik atau sedara mara atau jiran tetangga yang bersekolah di Tahun6, Tingkatan 1-4.

Kami menyediakan program yang pastinya menarik dengan kadar bayaran yang paling minima.

Program yang julung-julung kalinya diadakan.

Jom sertai kami!!

Program apa?
· Kem Tunas Remaja 2005 untuk Pelajar Tahun 6 dan Ting 1 pada 26-28 Nov 2005
· English in Camp - I Love Science untuk Pelajar Ting 2 pada 14-25 Nov 2005
· Kem Remaja Perkasa 2005 untuk Pelajar Ting 3 & 4 pada 4-17 Dis 2005
· Madrasat-ul-Hayaah untuk Pelajar Ting 5 pada 20 Dis 2005 – 20 Jan 2006

Tempat terhad!!
1st come 1st serve- Siapa cepat dia dapat!!
Jangan berlengah lagi... Rebut peluang keemasan ini sementara peluang masih di buka!!

Daftar sekarang! TARIKH TUTUP PADA 25 OKTOBER 2005
HANYA TINGGAL 17 HARI SAHAJA LAGI

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi
Fazrul Ismail @ Pengarah Eksekutif - 012- 9262915Hasmin Hakim b Hasbullah - 012- 7714955

Wednesday, September 28, 2005

Tempat baru

0 comments
Tempat baru untuk aku meluahkan rasa. actly, tpt baru untuk aku membebel..

Friday, September 09, 2005

idea y membeku

0 comments
tlalu byk y x mampu di ungkap tp apa yg pasti iaY perlu djdkan rahsia lagi. Kita x bleh citerkan kelemahan kita tlalu byk kat org luar right? kerana ia akan menjadi senjata untuk 'menembak' ke arah kita kembali

Andai ia ditakdirkan bsama pasti akan mgetahui suka duka y di alami kini.. bsama2 mnongkah arus dunia Y kdg kala x mampu di tafsirkan oleh mata..iA

if ikutkan hati sume pkr nak diberitahu, dceritakan,dbincangkan... bak kata manager dlm kehidupan bersama (rakan sekerja) kita perlu transparent agar clear ngan sume pkr..

*hidup disini mjanjikan 1001 y x dijangkakan :)

Sunday, September 04, 2005

Apa Y Ada Dlm Fikirn

1 comments
Sejak 2-3 hari ni entah apa la dlm fikiran ni. Puas aku pusatka pada satu tittik kedamaian tapi still temui jln buntu.
asyik nk hrp bn2an org lain je...agakY org lain pun boring gak ngan c2ac yg blaku! :P
keyakinan y myatakn psy akan smkin mainkan pranan ms ni. n aku serta sume sedia maklum y "dia" musuh y nyata!!

Lindungi n bantulah kami

Saturday, September 03, 2005

print gambar konvo

0 comments
hari ni nak print gmbr2 konvo yg sempat aku transfer ke komp fir. sblm kejadian yg cukup buat aku terkejut, terkilan, kecewa,sedih,rasa x percaya... :( walaupun dpt kata2 dari kak comel dgn apa yg terjadi...

Wednesday, August 31, 2005

Ikhwan

0 comments
Ikhwan (pria) sejati bukan dilihat dari bahunya yang kekar
Tapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya

Ikhwan sejati bukan dilihat dari suaranya yang lantang
Tapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran

Ikhwan sejati bukan dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya
Tapi dari sikap bersahabatnya pada orang disekitarnya

Ikhwan sejati bukan dilihat dari bagaimana ia dihormati di tempat kerjanya
Tapi bagaimana ia dihormati di dalam rumah

Ikhwan sejati bukan dilihat dari kerasnya pukulan
Tetapi dari sikap bijaksananya memahami persoalan

Ikhwan sejati bukan dilihat dari dadanya yang bidang
Tapi dari hati yang ada dibalik itu

Ikhwan sejati bukan dilihat dari banyaknya akhwat (wanita) yang memujanya
Tetapi dari komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya

Ikhwan sejati bukan dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan
Tetapi dari tabahnya ia menghadapi lika-liku kehidupan

Ikhwan sejati bukan dilihat dari kerasnya ia membaca Al Qur'an
Tetapi dari konsistennya ia menjalankan apa yang ia baca

Dan MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W adalah IKHWAN SEJATI
Teladan bagi siapa saja yang ingin menjadi ikhwan sejati

Monday, August 29, 2005

KPLI-JQAF....impian atau khayalan

0 comments
Dalam perjalanan balik dari my university 2 tempat keje.. aku dpt sms dari seorg kenalan-aku dapt kpli! erm..terkejut beruk pun ada gak! ye ke aku dapat? alhmdlh. syukur atas segala yang Allah aturkan. Tapi apa yang aku rasakan sebenarY ek?

Petang ni aku dapat pertanyaan dari seorag ukhti (sesama belajat kat U dulu) "Dah dapat klpi ni..Apa yang enti rasa?" mmg aku x nafikan yg dia tau byk pkembangan aku kat sini. jzkk ya ukhti!! Moga ukhti berjaya dalam interview kpli nanti..ameen. Dan aku sendiri?? Aku hanya mampu berdoa yang Allah letakkan aku di tempat yang terbaik. Mak ngan ayah begitu xcited bila dapat tau aku layak 4 2nd test ni. Ayah kata "kalau dah dipanggil 4 kali kedua ni..ada harapan dapat!" BESARNYA harapan mak ngan ayah. WAJAR ke aku abaikan perkara ni? begitu gak ngan teman yang sentiasa bersama saat suka duka aku. Dia kata dia lebih suka if aku dapat aku p tp dia still ok lg if aku nak stay kat sini. terima kasih wahai teman kerana sudi memahami keadaan aku kat sini..terima kasih kerana sudi memahami jiwa aku..

Kdg2 aku terfikir mampu ke aku memenuhi semua kehendak orang lain? mampu ke aku penuhi impian orang lain? mampu ke aku merealisasikan hajat orang lain? bagaimana ngan impian n hajat aku? sapa yang nak bantu merealisasikannya? Q ni seringkali bermain2 kat fikiran aku... :?

Ya Allah letakkan aku di tempat yang terbaik..gandingkan daku dengan hambaMu yang mampu membawaku menuju kepadaMu..Izinkan kami tergolong dalam golongan yang "sedikit" ameen...

Andai Nikmat Itu Ku Kecapi

0 comments
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah!! Andai nikmat itu ke kecapi hanya Dia yang mengetahui betapa indahnya kurasakan saat itu. Andai nikmat itu mampu ke rasai, hanya Dia yang Maha Mengerti.

Seringkali ku impikan agar nikmat itu mampu ku hayati, nikmat itu mampu ke selami. Seorang teman pernah menasihati "terlalu byk nikmat yg Allah kurniakan dan kadangkala kita tak sedar itu adalah nikmat yang sebenarnya yang patut kita nikmati, kita syukuri dan kita hayati. -kata2 ni aku dapat masa aku down sgt2 :P Alhamdulillah..jzkk ya ukhti habeebah kareemah. Teman yang mengenalkan aku ttg makna ukhuwah :)

Ya Allah..bantulah daku agar mampu menjaga harta yang kau pinjamkan kepada ku buat seketika..di dunia ini. Bantulah daku agarku mampu membawa ia sentiasa dalam keadaan saleem. Berilah daku kekuatan agar ku mampu memelihara ia sepanjang kehidupan ku di dunia ini. Izinkan daku berganding dengan hambaMu yang mampu menjaga ia agar sentiasa dalam keadaan terbaik sepanjang menuju kepadaMu. :??

Ya Rabbi, Ya Ilahi...berikan daku secebis kekuatan untuk ku thabat dan istiqamah dlm mensucikan ia!! Ameen...

Sunday, August 28, 2005

Surprise!!!!

0 comments
Bangun je dari tidur..aku teringat kembali kata2 bos mlm tadi. DON'T WORRY ABOUT IT. indahnya akhlak umatmu ya Rasulullah, mulianya peribadi...Ya Allah, pastinya akhlak kekasihMu Muhammad Rasulullah lebih indah dari itu! Dari 'Aisyah Ummu ul-Mukminin "akhlak Rasulullah seperti al-Quran" Ya Allah..betapa indahnya peribadi Rasul junjungan mulia.

Pagi tadi dpt msg dari adik pogram "1st time tengok bos nangis lepas akad!!" huhuhu sebak dengar citer dari jauh.. kami hanya mampu mendoakan kesejahteraan bos n moga dia sentiasa diberkati. ameen

Berbalik pada citer tadi. Bos sentiasa tenang menerima apa jua yang Allah berikan kepadanya. Pastinya Rasulullah s.a.w. lebih tenang dari itu! Mula2 dia dikhabarkan "...." terjatuh! dia jawab "xpe". 2nd time aku pula khabarkan "..." n "..." hilang maybe tercicir di perjalanan! dia jawab "xpe" 3rd time aku bgtau yang sesuatu lagi berlaku kat "..." tu. Last2 bos telefon sbb dia cari "..." aku tergamam n x tau nak jawab apa!! sungguh aku hilang kata2. Bos kata "kalau terjatuh xpe, still ada guarantee lagi" aku jawab "x". Bos kata kalau hilang atau terjatuh atau tercicir pun xpe...so, apa yang berlaku? "aku jawab "ya". Dengan tenangnya bosjawab "ok, xpe...DON'T WORRY ABOUT IT" Ya Allah..masa tu hanya Allah je yang tau apa yang aku rasa.. huhuhu

Bos bagi msg-kita bekerja kerana Allah bukan kerana duit. Kita bekerja bersama2 n dapat hasil sama2. kalau kita susah, kita susah sama2 n senang sama2. aku n kawan jadi x tentu arah masa tu. kami terus bls msg n minta maaf sgt2. Bos rply "xperlu minta maaf sbb dari awl lagi dah dimaafkan..." huhuhu :((

Ya Allah...thabbit quluubana wa aqdaamana 'ala deenik wa too'atik. thabbit fi sabiilillah... ameen ya Rabbal 'aalamiin

Friday, August 26, 2005

Kesedaran Yang Sedar

0 comments
Hari ini aku dikejutkan lagi dengan "apa yg telah terjadi"... Semalam aku rasa diri ni seperti tak terurus. pegang hp, hp jatuh...pegang battery, battery terjatuh, pegang housing hp, housing hp terjatuh.. semalam aku betul2 kalut n rasa mcm tak berada di alam yang nyata. aku sedar apa yg aku buat tapi tak mampu nak berfikir. rasa seolah2 fikiran ni melayang2 je.

Sampai je kat sini, aku bergegas ke pekan untuk selesaikan masalah yg aku hadapi. aku dah buka kereta mggunakan remote tp still buka pintu mgunakan kunci... aku dah masukkan gear untuk gerakkan kenderaan tapi aku still lakukan buat kali yg kedua.. ermm :/

hari ni aku ke pekan lagi untuk "menampung" masalah semalam. aku memandu...kereta berada di sebelah kanan jalan!!! aku rasa sedar apa yg aku lakukan sehingga kawan disebelah menegur "mana jalan ni?" argh... alhmdlh..masa tu kereta dari arah lawan,berhenti kerana lampu merah.. APA YG BERLAKU NI??? :( dlm kereta,aku putarkan keset "the zikr" Semunya buat aku berfikir kembali... "Sedih pilu hanya Engkau yang tahu..."

"selepas kesusahan ada kemudahan...." Allah nukilkan di dalam al-Quran "fainna ma'al 'usri yusraa# inna ma'al 'usri yusraa"

Thursday, August 25, 2005

brg yg hilang

0 comments
kdg2 kita x perasan apa yg kita buat merupakan satu kesilapan. kdg2 Allah uji 4 lihat sejauh mana kita mampu melihat dimensi yg lebih tinggi.

adakah benar sblm dtg sesuatu kita diberi "hint" terlebih dahulu?

mula2 satu hilang..pastu dua hilang..skrg semua hilang!!! :((

Ya Allah andai ini suratanY, berilah hambaMu ini kekuatan 4 teruskan kehidupan yg penuh mencabar ini.. Gantikanlah ia dgn yg lebih baik...ameen

Monday, August 08, 2005

Amanah

1 comments
Bagaimana manusia mengurus amanah diri? terlalu byk amanah dipertanggungjawabkan dibahu semenjak kecil..mak pesan blaja rajin2, ayah kata bukan susah nak susah & bukan senang nak senang..pilihan ditangan sendiri..kakak pesan jgn nakal2 kat sekolah, abang kata jadi pelajar yg baik ermm..byknya amanah!!dan adakalanya setiap hari amanah yg baru menjelma. kdg kita x sedar itu adalah amanah. TAKUT kan? amanah akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak..di hari akhirat. Wahai diri..hitunglah amanah diri.

Teringat amanah Allah, teringat novel yg dipinjam dari seorg kawan belum dipulangkan (tlpeas duedate), teringat kerja yg telah diamanahkan belum diselesaikan, teringat janji kepada seorg teman, teringat janji kpd diri sendiri, teringat amanah yg terpikul dibahu kini...adakah terlintas difikiran ia sbg bebanan?

Jika dihitung dengan jari berapa byk lagi amanah yg akan terabai? berapa byk lagikah amanah yg akan digalas? berapa byk lagikah amanah yg menanti dihadapan? berapa byk lagikah amanah yg sengaja ditempah? AMANAH!!!! Setiap hari kita sentiasa diulit dgn amanah..samada kita mampu menunaikannya atau sebaliknya...atau samada ia terlaksanakan dgn sebaiknya atau sebaliknya. Ya Allah berilah kekuatan agarku dpt melaksanakan amanah sebaik mungkin! ameen ya rabbal 'alamiin.

kdg2 kita leka dgn dunia yg kita cipta sendiri..kdg2 kita alpa dgn suasana yg mempengaruhi..kdg2 kita cuba untuk penuhi kehendak diri..kdg2 kita tlepas pandang kemampuan diri.. Namun walau apa jua alasan yg diberi...adakah kita tlepas dari pandangan Ilahi?

Tuesday, August 02, 2005

Seorang Gadis Itu

0 comments
dari blog k.iena... panjang sebenarnya tapi ambil yg ni je... :))
p/s: xpe ek k.iena??? :)

4 kwn yg sama2 meningkat dewasa....

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...

dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...

dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...

yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...

dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...

perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,

seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah & mujahidah,
pejuang ummah ... anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ... moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga lah-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

Wednesday, July 27, 2005

Renungi n hayati

0 comments
Pemudi..
dalam kelembutan kau warisi kecekalan
dalam kemanjaan kau miliki ketegasan
dalam ketidaksempurnaan kau adalah pelengkap
jika tidak..masakan kau digelar
tangan menghayun buaian bisa menggoncang dunia

Pemudi..
dibahumu tersandar harapan tinggi
dari tubuhmu lahir pewaris generasi
untuk kau didik kau belai menjadi insan rabbani
mendukung sunnah nabi
menegak risalah deen ilahi

Pemudi..
kau insan hebatkaulah suri kaulah serikandi
manabur budi tidak mengira masa
menyantuni insan di mana-mana jua
di rumah..kaulah ratu sang suami dan anak-anak menagih khidmat
di tempat kerja... kau dilihat memberi manfaat
dalam masyarakat...kalaulah serikandi pembina/pembela umat

AYUH Pemudi..
serlahkan potensi diri
bakat dan semangat lonjakkan lagi
usah ditunggu usah dinanti
kerana masa setiap detik berlalu pergi
tidak akan berulang lagi

Wahai Pemudi serikandi waja
mari ingat pesanan ketua wanita kita
sebelum nadi hilang rentaknya
ayuh kita realisasikan bersama
pesanan keramat pesanan jihad...
"Ummah ini NEED you Akhawat!"

Bersama Menyerlah Potensi
jumpa antum di Kem Beliawanis 2005

SHM
Belia JIM Pusat

Renungan Bicara: Studi bahasa Arab dan Praktikal

0 comments
Dalam sistem pengajaran bahasa Arab di Malaysia di sekolah-sekolah rendah dan menengah (agama atau biasa), ada cara tersendiri untuk pelajar-pelajarnya. Biasanya di peringkat pengajian pondok, pelajar diminta untuk menghafaz matan ilmu nahu sebagai asas kelayakan untuk meneruskan pengajian. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Sis Hafizah membentangkan kaedah studi bahasa Arab mengikut metod Yahudi (walaupun ia juga digunakan oleh sebahagian guru Islam di Mesir). Ia mempunyai sedikit perbezaan dan amat perlu diperhati oleh guru-guru pengajar subjek yang dianggap sukar ini.Secara amnya, perbezaan tersebut:

1) Drilling - banyak latihan yang diberikan. Tidak perlu menunggu hingga habis sesuatu tajuk, ada latihan yang diberi. Orientasi latihan dan latih tubi ini sesuai dengan roh pertanyaan Rasul kepada Muaz b Jabal ketika ingin dihantar ke Yaman: 'Apakah yang akan digunakan sebagai rujukan ketika memerintah? Kalau tiada pada Quran? Kalau tiada pada Hadis?' Walaupun Rasul boleh sahaja menyatakan satu hala berkaitan dengan cara menjalankan pentadbiran, tetapi latih tubi bertujuan untuk mengakar-umbikan pemahaman yang ada.

2) Practical - menggunakan al-Quran sebagai rujukan di mana pelajar akan diarahkan untuk memerhati dan melihat contoh struktur berkaitan tajuk yang diajarkan. Dengan kaedah ini, pelajar akan nampak 'real life' berbanding kefahaman yang masih terawang-awang. Pelajar juga diajar mengguna kamus - sesuatu yang amat jarang ditunjukkan oleh kebanyakan guru.

3) Wazan - metod pengajaran wazan ditekankan. Satu jadual akan diberi. Dengan memahami konsep makna sesuatu wazan, ia akan memudahkan pelajar untuk mengembangkan sesuatu perkataan. Ini menyebabkan pelajar lebih yakin dan menganggap Bahasa Arab tidak sukar. Mengapa? Dengan satu jizr sahaja, ia akan menerbitkan banyak perkataan yang boleh digunakan ketika membuat latihan (drill) dan membaca.

4) Hans Wehr - bila dinyatakan praktikal, pelajar akan diajar menggunakan Kamus Hans Wehr. Kamus ini mempunyai banyak kelebihan. Salah satunya kerana ia disusun mengikut jizr atau kata akar. Selain itu, ia akan memberi nombor wazan yang memudahkan bagi pembaca memahami maksud perkataan yang dilihat dalam kamus tersebut. Ia juga memberi hurf yang berkaitan dengan perkataan tersebut - sehinggakan pembaca tahu apakah hurf yang sesuai digunakan bagi perkataan tersebut ketika membina ayat.

5) Setiap vocab yang diajar akan diterangkan maksud dan praktikalnya dengan membina ayat ringkas. Ini adalah ciri latih tibu atau drill sebagaimana dinyatakan dalam poin no 1.

6) Al-Quran menjadi rujukan bagi mengenalpasti struktur dan memahami maksud serta konteks sesuatu perkataan.

Selain daripada itu, kelas yang dianjurkan mempunyai ciri-ciri berikut (amat sesuai ciri ini dilaksanakan bagi kelas bahasa):

1) Tiada silibus diberi pada peringkat awal kerana pelajar akan maju dalam bahasa ini bergantung kepada pencapaian semasa yang akan dimaksimumkan.

2) Kelas yang dipilih bergantung kepada jadual yang dipersetujui antara guru dan anak murid

3) Jumlah pelajar dalam kelas yang kecil

4) Silibus akan dinaikkan bergantung kepada kefahaman pelajar dalam latih tubi yang dijalankan.

5) Kaedah hafalan untuk fiil mudhori' dan madhi diletakkan dalam jadual yang mempunyau cara menghafaz senang - mengaplikasikan ilmu berkaitan ciri minda atau otak.

6) Tidak perlu hafaz matan - terus kepada pemahaman aspek nahu dan praktikal.

7) Bersifat open-ended - di mana pelajar diberi peluang seluas-luasnya untuk mendalami sendiri bahasa ini dalam kehidupan seharian dengan guidance serba sedikit dari guru yang mengajar.

Begitulah serba sedikit ciri yang dirasakan amat menarik dan berkesan dalam aspek pengajaran bahasa Arab. Pengalaman saya belajar di salah sebuah pusat bahasa di Mesir juga menunjukkan ciri begini dalam pengajaran guru berbangsa Arab tersebut. Kesannya jauh lebih bermakna berbanding pengalaman saya mendalami bahasa Arab mnggunakan kaedah lain.

KERSANI.com

Sunday, July 24, 2005

Lelaki dan Perempuan

0 comments
LELAKI YANG BERJIWA KENTAL...
adalah lelaki yg mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
adalah lelaki yg sedia menerima segala teguran,
adalah lelaki yg memberi madu setelah menerima racun,
adalah lelaki yang tenang dan lapang dada dan fikiran,
adalah lelaki yg baik sangka,
dan adalah lelaki yg tidak mengenal erti putus asa,

....ketabahan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
....seluruh ketabahan yang ada pada Muhammad yg ummiyi,
adalah ketabahan yg sempurna bagi seorang lelaki....

PEREMPUAN YANG BERJIWA KENTAL...
adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
adalah perempuan yang tidak takut pada dugaan,
adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi keinginan....

ketabahan perempuan berdiri di atas teguhnya iman....
seluruh ketabahan yang ada pada Khadijah yang ehsan,
adalah ketabahan sempurna bagi seorang perempuan....

Friday, July 22, 2005

Individualistik

0 comments
Individualistik...
Aku kah orangnya?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai kesalahan dia ku tanggung sendirian
Tanpa bantuan?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai seruanNya ku biarkan sepi
Atau itu dinamakan derhaka?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai sukar menggugah iman di pagi yang mencengkam
Atau itu bukti lemahnya iman?

individualistik..
Akukah orangnya?
Andai menyatakan yang tersurat?
Tidakkah ia mengguris perasaan?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai derap langkah ku bersendirian?
Atau itu bukti tiadanya perjuangan?
Hanya memandang mereka dlm kekeliruan
Atau itu bukti kezaliman?

individualistik...
Akukah orangnya?
Andai aku menyepi..
Hanya untuk sekelumit ketenangan hati....

individualistik kah aku?
Andai ingin menyelusuri...
Hanya untuk mencari kekuatan diri!!!

Thursday, July 21, 2005

Mencari Erti Kehidupan...

1 comments
dalam mencari erti kehidupan
kita takkan lari dari dugaan
biasa byk kepahitan dari kemanisan
apakah kita terus terusan
mengenang memori dlm ingatan
menghirup secebis cubaan
lantas lupa akan tuhan
akan nikmatNya yg tak berkesudahan...

apakah kita terus berada di buaian
keperitan hidup dihadapi sendirian
tanpa teman mahupun rakan
lupakah kita pd janji tuhan
membantu hamba dlm kesusahan
hanya perlukan sedikit kekuatan
memaksa penuh ketabahan
sujud malam menadah tangan
tika insan sibuk berdengkuran
diulit mimpi dan angan2
lantas lupa akan pesanan
nabi Muhammad rasul junjungan
pada A'ishah akan teguran
bukankah kau dpt ampunan
aku hamba penuh kesyukuran
salahkah aku berbuat demikian...

bangunlah wahai teman
kembalilah pd tuhan
usahlah lagi duka terus terusan
di sana masih ada jln
utk kita hidup penuh kesyukuran
bila nikmat dalam ingatan
Quran dan Sunnah jd ikutan
walau dunia dlm genggaman
tsunami dtg tak perasan
kerna diri dlm jagaan
di tgn Allah penuh keEsaan
la tahaf wa la tahzan...
nukilan hati...
sorg_musafir
21/07/05
06.59 pm

Sunday, July 17, 2005

Dasawarsa Menjejak Masa

0 comments
Sememangnya
Jika dipintas segalanya
Kita akan merasakan hidup ini stabil
Namun ia tidak bersifat bahagia
Menuju Yang Esa

PadaMu Ya Tuhan
Ada kemanisan dalam beriman
Ada kebaikan dalam kejutan payah
Ada hikmah di balik apa yang menerjah

Memang
Jika dikira setiap detik
Maka hati akan sesak
Dengan segala nafas sesah
Tanpa pedoman sebenar

Namun apabila qadar diimani
Khudhu' dan rendah diri menjadi aspek diri
Barulah diri mahu tenang
Kerana mana mampu diri yang tidak maksum ini
Mengejar kesempurnaan dalam kelemahan
Itulah petanda wujudnya Pencipta
Pentingnya Pencipta sebagai tempat pergantungan

Dalam sesak dasawarsa inilah
Maka langkah terus diinjak atas ruang masa yang tidak bertepian
Namun ia akan berakhir dengan datangnya hak
Pada satu masa nanti

Bukanlah kesempurnaan yang dilihat
Bukanlah tiada silap itu yang dicari
Namun belajarlah dari kesilapan
Bila ada ruang untuk terus melaksanakannya
Yang memerlukan hidayah terus asli dari Ilahi

Tuhan
Jadikan hati ini
Rendah diri dan mengetahui bahawa kesilapan
Adalah ciri diri manusia
Yang perlu ditaubati
Bukan untuk dicemuhi atau melelahkan diri
Menuju kepada diriMu

Perjalanan ini jauh dan susah
Jika tidak, pasti ramai yang mahu menurutnya
Adakah aku sanggup menongkah semua itu
Dalam dasawarsa menjejak masa
Masa yang dijanjikan
As-Saa'h
Yang ditanya tidak lebih mengetahui dari yang bertanya

dari web KERSANI

Friday, July 15, 2005

Dari Aminah Qutb Kepada Suaminya

0 comments
" Sekiranya kita cinta kepada manusia,tak semestinya manusia cinta kepada kita,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.Sekiranya kita cinta kepada manusia,kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah jua......

"Ya ALLAH andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu kepada ku,maka campakkanlah dalam hati ku cinta kepadanya adalah keranaMu dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepada ku adalah keranaMu....Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepada ku,maka berilah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Engkau berikan kepada ku.....

"Ya ALLAH,jika aku jatuh cinta,cintakanlah ku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMU....Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cinta ku padanya agar tidak melebihi cinta ku padaMu..Ya RABBANA,jika aku jatuh hati,jagalah hati ku padanya agar tidak berpaling dariMu...

"Ya RABBUL 'IZZATI,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...Ya ALLAH,jika aku rindu,jagalah rindu ku padanya agar tidak lalai aku merindui SyurgaMu...Ya ALLAH,jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

"Ya ALLAH,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....Ya ALLAH,jika Engkau menghalalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU....

-Marilah kita muhasabah diri bersama!-
fi amanillah

Thursday, July 14, 2005

Kita Harus Belajar

0 comments
Kita harus belajar
Daripada kekecewaan
Kita bangkit daripada kegagalan

Kita harus memahami kejatuhan kita
Bukan bererti matinya semangat
Berkubur keyakinan begitu sahaja

Tapi…
Daripada rebahnya sekeping hati
Akan bangkit seorang insan
Mengangkat martabat maruahnya
Menjulang kembali kekuatannya

Mengejar kembali jeritan dan laungan
Kejayaan serta kemegahan diri..
Sebagai tanda bahawa..
Setiap yang jatuh dan rebah itu
Bukan tersungkur mati…

Malah
Kehidupan berselimut kelesuan
Akan menjadi jaring perkasa
dan menyerkup kembali dunia baru

Dan…
Pada masa itu
Kita adalah merupakan seorang insan
Paling bertuah di dunia baru
Paling bertuah di bumi tempat kaki berpijak dan berjunjung

Kita harus dan mengambil iktibar
Bahawa kekecewaan serta kegagalan
Bila dipintal mulia
Akan menjadi ratu
Simbol kejayaan diri
SENDIRI…….

-asiahelas-

Wednesday, July 13, 2005

Hanya nama itu

0 comments
Hanya nama itu yang ku pinta
Hanya nama itu yang ku terima
Hanya nama itu yang ku cari
Hanya nama itu yang ku nanti

Seindah mana nama itu?
Adakah seindah yang digambarkan?
Bagaimanakah definisi indah itu?

Adakah indahnya hanya dengan kata2..
Atau indahnya ia dengan makna?

Jalan ini

0 comments
Inilah jalan yg di beri Ilahi
Inilah ruang yg perlu di tempuhi
Inilah masa yg perlu di penuhi

Inilah jalan itu...
Jalan yg penuh berliku
Jalan yg tidak pernah ku tahu

Namun inilah jalan itu..
Jalan yg mesti di redahi
Walaupun tahu ku tak mampu!!

Namun Allah ar-Rahman
Tetap dengan sifat-sifatNya
Yg sentiasa menerima kehadiran
Hamba2Nya....

Monday, June 13, 2005

Nampak Jauh Di mata?

0 comments
Nampak jauh di mata...??
Kenapa masih di sini!

Nampak jauh di mata?
Kenapa masih begitu!

Nampak jauh di mata?
Kenapa kaku yang menyeri!?

Nampak jauh di mata?
Kenapa masih diam berdiri!

Nampak jauh di mata?
Kenapa masih tegar di buai mimpi!

Nampak jauh di mata?
Kenapa bisa menggugat diri?

Saturday, June 11, 2005

Teman

0 comments
Teman...
Perjuangan ini semakin dirasai
Kesulitan semakin menghimpit diri
Kekuatan diri terhapus kini
Dari hari ke hari
Apa yang pasti...
Di mana teman di sisi??

Friday, June 10, 2005

Dakwah bjalan seiring

0 comments
Dakwah perlu jalan seiring
Seiring dgn denyut nadi dan pernafasan ini
Namun syahadatain perlu difahami dan dihadami
Di situ kita akan mencerna Ma'rifatullah
Ma'rifatul insan...
Ahammiyah as-syahadatain
Agar kita di pimpin oleh Ilahi
Ya Robbul 'Izzati

Mencari Identiti Diri

0 comments
Dalam kesamaran ku tempuhi perjalanan
Walau ia semakin dekat
Walau bahang semakin terasa
Namun dimana kesabaran?
Kurasakan ia semakin menipis
Ku mencari sebuah kekuatan
Isbiri yaa qalbii
Isbiri..
Fil haqiiqah..as-sabrun jamiil

Identiti diri
Masih dicari
Mengapa dengan diri sendiri
Yang masih tak pasti

Wednesday, June 01, 2005

Perjalanan Masih Jauh

0 comments
Kawan
Ku harap wangimu
boleh merebak kepadaku
Ku harap berkat ilmumu
bisa tumpah ke atasku

Kawan
Ku harap tongkat di tanganmu
bisa ku berpaut tika aku jatuh
Ku harap agar bisaku kongsi
payung taqwamu untuk berteduh

Kawan
Ku harap bisa belajar
makna hidup dari kamus kehidupanmu
Ku harap ku boleh menghias peribadiku
dengan bayang cermin mu

Atty

1st entry!!

0 comments
Alhamdulillah...dapat gak buat blog ni stlh penat berfikir nama blog! :P
 

:: JaLan KehiDupaN :: Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez