Powered by Blogger.

Monday, December 05, 2005

Perubahan


Perubahan itu aku nantikan..
Perubahan itu aku dambakan...
Tapi bila ditanya apa peranan..
Apa tanggungjawab....
Aku pasti terkedu..
Diam membisu!!!
Tiada patah perkataan
Yang mampu terukir dibibir ini!

Perubahan itu..
Memang aku impikan..
Memang aku harapkan
Tapi tiada kudrat untuk mengubah...

Peranan yang sepatutnya aku mainkan
Tanggungjawab yang sepatutnya aku pikul
Tugas yang menghimpit...
Kesibukan yang menjelma...
Lalu aku biarkan ia bergerak sendiri..

Hari ini..
Kesedihan yang aku rasa selama ini
Semakin menghimpit diri
Teraksa aku menelan kepahitan itu

Walaupun kesedihan itu..
Tak mampu aku pamerkan
Tak mampu aku ungkapkan dengan perkataan
Alhamdulillah..kini Allah kurniakan jalan
Agar aku tahu apa itu peranan!!

Selepas ini..
Aku tekad untuk melaksanakannya..
Aku harap hanya yang terbaik untuk
Terbaik untuk aku memulakan langkah
Masa yang terbaik untuk aku memulakan perubahan..

Sungguh janji Allah itu benar....
asaasul inqilaab begitu memainkan peranan
Hanya Allah yang akan menunjukkan jalan
Jalan yang selama ini aku "buntu dan sesat"

0 comments on "Perubahan"

Post a Comment

 

:: JaLan KehiDupaN :: Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez