0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/24/2006 11:26:00 AM
ketenangan itu hadir tika membaca bait2 kalimah yang tertera. kebahagiaan itu datang tika menatap wajah ceria. senyuman itu datang tanpa dipinta bila mendengar cerita darinya. walau rasa tu hanya sementara, tapi tetap rasa bahagia
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/20/2006 10:30:00 AM
alhamdulillah..bersyukur dan tersenyum result m-test akan keluar 10 ogos ni.. apa harapan? dapat @ x dapat? macamana dengan PTD? hmm...walau apa pun. rasa hepi nak balik umah makin terasa... nak balik!!!!
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/17/2006 12:12:00 PM
Luka itu kucari.. (ye ke?) Biar ia sembuh sendiri (harap2Y) Luka itu ditempa oleh diri (hmm) Adakah akan bertaut kembali? (ntah la) Bukan untuk masa kini (bila ek?) Tapi masa depan yang x pasti (hmm..) Ingin lari tapi kaki rantai terkunci (:/) Hati sepi, diam seribu mimpi (:( )
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/17/2006 12:09:00 PM
Mana rasa yang dulu Mana hilangnya lagu Kenapa hadirnya sepi Walau diri cuba lari dari menyendiri Kenapa hadirnya rindu Walau diri pasti ia tiada lagi di situ
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/17/2006 12:07:00 PM
Wajah itu masih diselubungi awan kelabu Jelas terdapat titisan yang berguguran Walau terpancar ia cuba ditahan Cuba diusir kenangan yang silam Agar diganti dengan kegembiraan
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/10/2006 10:19:00 AM
Sapaan itu dibiarkan sepi Sesepi rasa di hati kini Sapaan itu dibiarkan berlalu pergi Seperti angin yang menyapu diri X tau nak buat apa lagi… Jika sapaan itu tidak diterima Aku kata pada diri… fahamilah maksud yang tersembunyi Mungkin tiada luahan kata Tapi yakin dengan gerakan rasa….
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/10/2006 10:17:00 AM
Apa yang aku nak saat ni, aku hanya nak *balik kg dan menangis kat pangkuan mak *nak tanya pandangan ayah *nak berciter puas2 ngan kaklang *nak tanya pendapat fizah *nak cuti lama2 *nak p jalan2 n makan2 kat luar *nak beli kamera digital dan ambil byk gmbr..n delete *nak tido kat bilik yang aku dah tinggalkan hampir sebulan lebih
Tapi sume tu mustahil kalau aku masih disini…. Nak balik kg!!!nak jupe family!!!
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/08/2006 09:24:00 AM
sakit hati andai tak dapat apa yang diingini sakit hati andai diri tak mampu nak hadapi sakit hati andai ia tak seperti yang diimpi sakit hati andai diri dicurigai sakit hati andai terus menanti sakit hati andai terus begini
surah al-baqarah-hati yang sakit,hati yang mati,hati yang hidup…nak hati yang mana satu?
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/07/2006 08:59:00 AM
Dah lama tidak membuka rahsia itu. Rahsia yang menjadi idaman semua makhluk. Rahsia yang didambakan. Rahsia yang menjadi pegangan.
Hari ini, rahsia itu diabaikan. Bukan hanya dibuat gurauan malah dijadikan mainan. Sungguh jelek makhluk yang bergelar manusia. Sungguh hina diri yang ditabal menjadi khalifah. Sungguh pilu dan sedih manusia sebegitu….
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/05/2006 10:35:00 AM
bismillahirrahmaanirrahiim...... pagi tadi aku dengar dari radio ikim.fm, ketika sakaratul maut menjelma dan ketika manusia disekeliling melihat sahabatnya tengah nazak.. maka bacakanlah 3 qul. ini lah yang dilakukan oleh saidatina 'aisyah r.a sebar2kanlah...
0
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/04/2006 10:38:00 AM
rasa sedih itu datang lagi. kali ni lebih perit dan sedih. sedih dan perit tu silih berganti.. sanggup atau tak..jawapan ada dalam diri.. tabah atau tak..jawapan ada pada Dia yang Maha Mengetahui. aku xnak lihat..aku xnak pandang..aku xnak tengok..aku xnak tau.. hanya nak duduk disini dan terus mendengar kata2 itu. aku pasti air mata ini akan mengalir petang ini. tangisan itu akan bergema lagi...
2
comments
Posted by
'isYaH RaaDiaH at 7/01/2006 10:28:00 AM
Kesejukan pagi makin terasa bila aku kuakkan sedikit tingkap di depan mata. Hmm…masih tetap seperti semalam. Seorang diri dan melihat "teman" di pagi hari..masih seperti hari-hari semalam. Tiada perubahan. Bila agak boring, aku tengok siaran pagi di kaca tv..hanya memandang kosong. Namun aku masih setia melihat "teman". Bila hampir sejam aku memandang "teman" dengan rutin harianku…dia senyap seolah2 terlena kembali. Takpe..biarkan ia. Mungkin semalam dia terlalu penat atau mungkin juga terlalu sibuk dengan tugas seharian.Sekarang aku kembali mengadap kerja yang tertangguh dan terus tertangguh. Hohoho kadang2 penat, kadang2 best, kadang2 menjemukan…walau apapun inilah takdir dan pilihan diri. So, kena terima la..alahai..lama lagi nih…30 tahun lagi!! Larat ke macam ni?