Powered by Blogger.

Friday, August 26, 2005

Kesedaran Yang Sedar


Hari ini aku dikejutkan lagi dengan "apa yg telah terjadi"... Semalam aku rasa diri ni seperti tak terurus. pegang hp, hp jatuh...pegang battery, battery terjatuh, pegang housing hp, housing hp terjatuh.. semalam aku betul2 kalut n rasa mcm tak berada di alam yang nyata. aku sedar apa yg aku buat tapi tak mampu nak berfikir. rasa seolah2 fikiran ni melayang2 je.

Sampai je kat sini, aku bergegas ke pekan untuk selesaikan masalah yg aku hadapi. aku dah buka kereta mggunakan remote tp still buka pintu mgunakan kunci... aku dah masukkan gear untuk gerakkan kenderaan tapi aku still lakukan buat kali yg kedua.. ermm :/

hari ni aku ke pekan lagi untuk "menampung" masalah semalam. aku memandu...kereta berada di sebelah kanan jalan!!! aku rasa sedar apa yg aku lakukan sehingga kawan disebelah menegur "mana jalan ni?" argh... alhmdlh..masa tu kereta dari arah lawan,berhenti kerana lampu merah.. APA YG BERLAKU NI??? :( dlm kereta,aku putarkan keset "the zikr" Semunya buat aku berfikir kembali... "Sedih pilu hanya Engkau yang tahu..."

"selepas kesusahan ada kemudahan...." Allah nukilkan di dalam al-Quran "fainna ma'al 'usri yusraa# inna ma'al 'usri yusraa"

0 comments on "Kesedaran Yang Sedar"

Post a Comment

 

:: JaLan KehiDupaN :: Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez