Tapi petang tu, aku banyak buat aktiviti berkumpulan. Hehehe dah la mereka kecik lagi, mana la mereka tau nak buat. Tapi aku tetap membantu agar pembentangan mereka tak jadi kaku..hehehe layak ke digelar mentor?? J
Masa rehat ni, niat di hati nak lelap sekejap tapi dipanggil untuk makan sikit. Alhmdlh rezki yang Allah bagi memang tidak disangka2 datangnya. Tengah sedap2 makan mee goreng, bahu aku ditampar lembut oleh sorang makcik ni "nanti, bila dah kawin, jangan jaga sangat dia, jangan dibelai2, nanti gemuk.." aku tersenyum je… Makcik tu cakap lagi "dah 'ada' ke belum?" aku senyum lagi.. Tiba2 terlintas kat fikiran aku untuk menjawab "hmm..makcik, kalau tak jaga…nanti dia cari lain kan susah diri sendiri??" Alahai mulut….takde insurans lak petang2 ni K Aku perasan makcik tuh tergamam, mungkin sebab sebelum ni gurauan dia aku balas dengan senyuman je tapi petang tu menjawab plak!! Sori ye makcik J
Ya Allah, bimbinglah kami andai kami buta, perkuatkan kami andai kami tak berdaya, ingatkan kami andai kami terlupa, kejutkan kami andai kami terlena.. kerana kami insan biasa, perlukan hidayahMu yang Esa
©MZAW, Muar,Johor.

0 comments on "mengantuk"
Post a Comment