Powered by Blogger.

Friday, June 16, 2006

today


hitcounterAku rasa puas bila baca ttg dia. Rasa nak dok kat tempat dia, rasa apa yg dia rasa. Cukup indah bg aku... hehehe tiba2 aku terasa yakin kebahagiaan yang aku cari ada kat depan mata, cuma aku yang terlepas pandang pada kebahagiaan tu.

Aku baru je ulang baca entry2 lama dia..walaupun dah baca banyak kali dan aku tau apa seterusnya dr penulisan dia,aku tetap terleka membaca setiap bait kata2 yang dicoretkan. Titisan air mata yang ke berapa kali pun aku tak pasti. Aku mencari kebahagiaan itu melalui kata2 dia..adakah benar?

Bila direnung2 balik..aku semakin merasainya, bukan aku mencipta kebahagiaan itu tp memang ia dah lama menjelma cuma aku x menghargainya as bahagia. Rugikan?? Anyway…alhamdlh n syukur bertemu insan yang sudi berkongsi suka duka kehidupannya agar orang lain dapat ambil ikhtibar..dia penah tulis "ambil bahagia dan tinggalkan kedukaan itu…."

Dulu…masa aku kat U, aku selalu p "jengok dia"…aku semakin pasti yang aku pernah tgk gmbr pkahwinan dia..so sweet!! n tidak berapa lama lepas tuh, gmbr tu dia delete dan yang tinggal hanya kata2 pujangga. Mgkin makin ramai pengunjung dan tetamu yang tidak dikenali spt aku, dia mengambil tindakan segera membuang gmbr wedding dia dr tatapan insan lain. Walau bagaimanapun aku tetap berpuas hati sbb diizinkan Alah melihat wajah insan2 ini satu ketika dulu.

Hati begitu kuat ingin mengenali lebih dekat lagi namun dia x mengizinkan…xpe la. aku tak boleh berkecil hati sbb itu kehidupan dia n dia berhak menentukannya. Cuma aku nak dia tau yang dia banyak mengajar aku erti kehidupan melalui pengalaman hidup dia.. Dia banyak mendidik aku dan yang paling penting dia ajar aku cara melihat…. Thanx a lot.. I have a big dream…to see your family..hmmm..mg harapan dan impian ini dimakbulkan sekali lagi oleh Ilahi.. Walaupun sosio-sejarah aku dan dia berbeza, aku harapkan lakaran hari mendatang mengukirkan sebuah lakaran indah.. J
Dalam things to do aku untuk jangka masa 15thn akan datang..aku baru melepasi 3 impian.

Kita berdoa agar diberi kekuatan dan Allah kurniakan kesulitan agar kita belajar erti ketabahan.. Kita berdoa agar kita dapat apa yang kita impikan, namun Allah kurniakan apa yang kita perlukan...

Aku selalu lihat kebahagiaan orang lain dan nak rasa kebahagiaan itu. Rupa-rupanya Allah bagi kebahagiaan kepada semua orang dengan cara dan bentuk yang berbeza. Hanya manusia yang menghargainya sahaja akan merasai nikmat itu…© Azrin

0 comments on "today"

Post a Comment

 

:: JaLan KehiDupaN :: Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez